Pelakon, Azhan Rani mengakui kesilapan diri sendiri kerana tidak membaca dengan betul mengenai komen seorang individu di Tiktok, baru-baru ini.
Arwah mak suka sangat abang
@imanharriz_2 aku jem kejap tak tau nak sedih ke nak gelak ? #azhanrani #fyp
Seorang pengguna media sosial bernama Nur Nabila Samsudin yang juga peminat kepada Azhan Rani berkongsi arwah ibunya meminati lakonan pelakon itu.
Berikutan daripada itu, Azhan dilihat membalas komen tersebut dan meminta individu berkenaan menyampaikan salam buat ibunya.
Allahuakbar. Malu saya. Sampaikan salam saya pada mak. Semoga sihat walafiat.
Tidak lama selepas itu, komen Azhan menjadi viral di platform berkenaan. Ini kerana, pelakon tersebut didakwa mempersenda orang yang sudah ‘tiada’.
Terbaru, Azhan telah membuat permohonan maaf secara terbuka di komen berkenaan.
Allahuakbar. Maaf saya terlepas pandang baca. Maafkan saya. Al Fatihah untuk arwah bonda awak. Semoga ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.
Peminat berkenaan turut menyambut baik permohonan maaf Azhan dan mendoakan agar pelakon itu terus terbang tinggi dalam bidang lakonan.
Sumber: Tiktok