berita

‘Tiada Niat Untuk Sebarkan’ – Datuk Lee Chong Wei Respon Foto Viral Beri Sumbangan Kepada Masjid

May 30th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Viral di media sosial beberapa keping gambar di muat naik Facebook Masjid Al-Hidayah Kg Sungai Pechala, Kuala Lumpur memaparkan foto lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei memberi sumbangan kepada masjid berkenaan. Rata-rata netizen memuji sikap beliau kerana walaupun berlainan bangsa dan budaya, beliau turut sama membantu masyarakat Islam.

Tiada niat untuk sebarkan

Saya tiada niat untuk sebarkan apa yang saya bantu sebab itu saya tidak tulis dalam media sosial apa yang saya lakukan dan saya sendiri terkejut apabila semalam ramai yang menghubungi saya bertanyakan hal itu selepas melihat gambar saya memberi sumbangan kepada masjid.

Saya tidak menyangka perkara itu akan tersebar kerana saya sudah meminta kepada wakil masjid untuk tidak ‘post’ gambar saya memberi sumbangan

Menerusi laporan Harian Metro, Datuk Lee Chong Wei menegaskan bahawa beliau amat terkejut apabila fotonya sedang memberi sumbangan viral di media sosial. Beliau mengatakan bahawa telah berpesan kepada ahli jawatan kuasa (AJK) masjid untuk tidak menulis atau menyebarkan foto mengenai beliau memberi sumbangan.

Rakan Melayu beri galakkan

Saya tiada niat apa-apa, memang saya mahu memberi sumbangan. Sebelum ini saya ada bertanyakan kepada rakan Melayu apa yang boleh saya bantu sebab Melayu dan Cina berlainan budaya.

Jadi mereka galakkan saya memberi sumbangan, jadi saya belilah barang dan pilih masjid untuk berikan sumbangan. Saya cuma bantu apa yang boleh.

Tambah beliau lagi, masjid ini bukanlah masjid yang pertama beliau memberi sumbangan, namun beliau sudah memberi sumbangan kepada tiga buah masjid lain. Selain itu, beliau turut merancang untuk terus menyumbang kepada sesiapa yang memerlukan. Idea menyumbang kepada masjid tercetus apabila beliau bertanya kepada rakan Melayu bagaimana cara untuk beliau menyumbang kepada bangsa Melayu yang berlainan agama dan budaya. Rata-rata rakan beliau memberi galakkan untuk memberi sumbngan kepada masjid.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×