berita

Tiada Penetapan Had Bagi Cermin Gelap Namun..

May 7th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Sebelum ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menetapkan kadar ketelusan 70 peratus bagi cermin hadapan, 50 peratus untuk cermin sisi pemandu dan penumpang hadapan serta 30 peratus bagi cermin belakang dan sisi penumpang belakang.

Terbaru, menerusi Harian Metro, bermula esok tiada lagi penetapan bagi kadar ketelusan cahaya tampak untuk cermin kiri dan kanan penumpang serta cermin belakang bagi kenderaan persendirian.

Tiada penetapan cermin

Menurut Anthony Loke Siew Fook selaku Menteri Pengangkutan, ketelusan cahaya tampak telah ditetapkan sebelum ini pada kadar 30 peratus seperti yang termaktub dalam Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.

Justeru, pindaan bagi kadar ketelusan cahaya tampak cermin kiri dan kanan penumpang serta belakang tidak membabitkan kenderaan motor yang didaftarkan dan digunakan untuk pengangkutan awam dan barangan.

Bagaimanapun, untuk kadar ketelusan cahaya tampak pada bahagian cermin hadapan dan sisi kiri dan kanan pemandu adalah masih kekal seperti sedia ada.

Ketelusan cahaya tampak bagi cermin hadapan adalah 70 peratus manakala bagi cermin sisi kiri dan kanan pemandu masih kekal 50 peratus.

RM50 dikenakan bagi setiap permohonan

Tambahnya lagi, kerajaan akan mengenakan fi permohonan kepada mana-mana individu yang ingin menggunakan cermin gelap.

Mana-mana individu boleh memohon untuk menggunakan cermin lebih gelap sama ada menerusi menggunakan lapisan filem atau penggunaan kaca lebih gelap yang menjadikan peraturan cahaya tampak adalah kurang, atas sebab khusus seperti faktor keselamatan atau kesihatan.

Bagi setiap permohonan yang dikemukakan atas faktor keselamatan, akan dikenakan fi perkhidmatan RM50 bagi setiap permohonan.

Fi RM5000 akan dikenakan terhadap permohonan yang telah diluluskan dan setiap kelulusan akan diberikan tempoh dua tahun. Selepas tamat tempoh sah laku, pengguna hendaklah membuat permohonan baru dan akan dikenakan fi yang sama dalam setiap permohonan.

Namun bagi permohonan atas faktor kesihatan perlu mendapatkan pengesahan bertulis daripada pakar perubatan kerajaan dan akan dikecualikan daripada dikenakan fi.

Sebelum ini tak dikenakan fi

Beliau turut menyatakan bahawa dari tahun 2011 sehingga tahun 2018 sejumlah 20000 kenderaan telah diluluskan untuk menggunakan cermin gelap dan 5469 permit telah diluluskan oleh menteri terdahulu tanpa sebarang fi.

Kita lihat latar belakang kebanyakan mereka yang memohon atas faktor keselamatan adalah tan sri, datuk seri dan orang berkemampuan.

Saya berpendapat mereka golongan berkemampuan dan jika dikenakan fi, ia mampu memberi pendapatan kerajaan.

Satu jawatankuasa sudah ditubuhkan hari ini yang akan menilai semua permohonan bagi penggunaan cermin gelap sebelum memberi kelulusan.

Antara yang dilihat termasuk rekod saman dan jenayah pemilik kenderaan terbabit.

Sementara itu, beliau berkata, penguatkuasaan ke atas peraturan baharu itu akan bermula tiga bulan dari tarikh peraturan itu dikuatkuasakan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×