berita

Tiada Penyingkiran! 8 Bintang ASGV Berjaya Ke Final

December 3rd, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Kesemua lapan bintang All Stars Gegar Vaganza mampu menarik nafas lega apabila pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse mengumumkan tiada penyingkiran di peringkat separuh akhir.

8 ke final!

Ini sekali gus bakal menyaksikan kesemua lapan bintang itu bakal berentap sekali lagi di peringkat akhir yang akan berlangsung di dewan Axiata Arena pada 10 Disember ini.

Lapan bintang tersebut ialah Jaclyn Victor, Hardy Mirza, Nikki Palikat, Liza Hanim, Tomok, Naqiu, Siti Nordiana dan Azharina.

Konsert separuh akhir yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, sebentar tadi menyaksikan Tomok berjaya menduduki tangga pertama menerusi persembahannya membawakan lagu C.I.N.T.A dan Bahalol.

Manakala, Nikki Palikat berjaya menduduki tangga kedua dan diikuti Naqiu, Hardy Mirza, Jaclyn Victor, Liza Hanim, Azharina dan Siti Nordiana.

SKIP THIS AD ×