berita

Tiada Persefahaman, Sam Bunkface Cerai Isteri

June 19th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Bekas isteri kepada penyanyi Sam Bunkface iaitu Aida Azira Husin, akhirnya mengumumkan bahawa dirinya dan penyanyi tersebut telah sah bercerai pada hujung Januari lalu. Menerusi laporan Harian Metro, perceraian mereka berdua merupakan hasil keputusan bersama dan mendapat restu daripada kedua-dua belah keluarga.

Kami masih berkawan baik

Menurut Aida, perceraian mereka tiada kaitan dengan mana-mana pihak. Walaupun mereka berpisah, dirinya dan Sam masih berkawan baik demi anak tunggal mereka iaitu Maleeq.

Kami bercerai secara rasminya pada penghujung Januari lalu disebabkan sudah tidak sehaluan dan tidak ada persefahaman. Perceraian kami juga tiada kena-mengena dengan mana-mana pihak dan kami bercerai ikut persetujuan masing-masing. Saya dan Sam bagaimanapun masih berkawan baik dan tiada masalah berkomunikasi demi anak kami. Keluarga saya dan keluarga Sam pun reda dan menerima seadanya keputusan itu.

Beri kenyataan bagi mengelak kekeliruan

Tambahnya, pengumuman ini dibuat bagi mengelak berlakunya kekeliruan jika netizen beranggapan mereka masih suami isteri.

Saya tampil untuk memberi pengesahan mengenai perkara ini disebabkan tidak mahu menimbulkan masalah di kemudian hari. Saya tidak mahu timbul kekeliruan bahawa kami masih bersama.

Terbaru, Sam telah memadam foto bersama isterinya di Instagram dengan alasan ingin menggunakan platform itu untuk kerjaya. Aida dan Sam mendirikan rumah tangga pada 25 April 2015.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×