berita

‘Kenapa Kau Pergi Dulu Bam’ – Insan Paling Rapat, Fad & Achey Tangisi Pemergian Abam

February 10th, 2020 | by faris
Kini Trending

Tanpa menunjukkan tanda-tanda sakit teruk, pelawak Abam Bocik dilaporkan meninggal dunia pada pagi Isnin. Berita sedih itu disahkan oleh adik arwah kepada Astro Gempak.

Disahkan adik

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak pada pagi Isnin.

Menurut adik arwah, Ali kepada Astro Gempak, dia dihubungi oleh isteri Abam memaklumkan abangnya tidak sedarkan diri.

Isteri Abam hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri. Saya bergegas ke kediaman Abam dan ya dia sudah tidak bernafas.

Isteri cuba kejutkan Subuh

Isteri Abam, Hidayah turut mengesahkan berita sedih tersebut sambil memaklumkan suaminya itu hanya mengadu tidak sihat beberapa hari lalu.

Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tapi bila diajak ke hospital dia tak mahu. Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi pagi tadi saya kejutkan untuk solat Subuh, namun dia tiada tindak balas daripada dia.

Selain Hidayah, Abam meninggalkan seorang anak Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang baru berusia 5 bulan.

Ditangisi Fad & Achey

https://www.instagram.com/p/B8Xh_ykjcwo/

https://www.instagram.com/p/B8XiLVjAkZV/

Berita sedih itu juga dikongsikan Fad dan Achey menerusi Instagram masing-masing. Mereka bertiga pernah menganggotai kumpulan lawak Bochey.

Sumber: Astro Gempak.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×