berita

‘Tiada Satu Ayat Al-Quran Koyak’ – Rumah Alif Muhaimin Terbakar, Syukur Ibu Selamat

December 13th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, pelakon, Alif Muhaimin berkongsi momen rumahnya terbakar dijilat api, semalam. Lebih ngeri, ibunya turut terperangkap di dalam rumah tersebut sewaktu kejadian itu berlaku.

Doakan kami

Menurut Alif, ibunya sempat menghantar kiriman Whatsapp di dalam group keluarga semasa kebakaran berlaku. Sebaik mendapat berita tersebut, Alif dan adik beradiknya terus bergegas pulang ke rumah bagi menyelamatkan ibu mereka. Tambah Alif, adiknya nekad memanjat pagar depan rumah untuk mencari kunci. Susulan daripada itu, adiknya melecur di bahagian tangan.

Allahuakbar, saya jadi lagi yakin bila tak ada satu ayat atau surah Al Quran. Tak ada satu pun potongan dan koyak, walaupun gambar kedua boleh nampak aircond cair atas tu. Tapi ayat bawah dia cantik je.

Bercerita lebih lanjut, Alif berkata ibunya berada dalam keadaan yang selamat meskipun rumah mereka hangus terbakar. Alif turut meluahkan rasa kagum dengan kebesaran Allah kerana tiada satu pun ayat atau surah Al-quran dalam rumahnya terkoyak ekoran musibah itu.

Sumber: Alif Muhaimin

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×