Baru-baru ini, pelakon sensasi Uqasha Senrose ada mempersoalkan sebuah novel terbitan Indie yang menggunakan nama ‘Uqasha’ dan ilustrasi seakan mukanya sebagai kulit. Walaubagaimanapun pihak penerbit menafikan dan menjelaskan novel tersebut tidak ada kena mengena dengan pelakon tersebut.
Artikel berkaitan : ‘Awak Takde La Famous Mana Ewww’ – Novel Uqasha Senrose Terbit Tanpa Izin Tuan Badan?
Menerusi laporan mStar Online, penulis novel memberitahu secara peribadi sudah berjumpa Uqasha Senrose menjelaskan kekeliruan.
Lakaran pada kulit buku bukan Uqasha Senrose – penulis
Ketika dihubungi wartawan mStar Online, penulis novel Maria Isabella menjelaskan lakaran yang dicetak pada kulit buku adalah hasil pereka grafik mengikut inspirasi patung baby doll. Ini sekaligus menjawab pertanyaan Uqasha Senrose bahawa lakaran tersebut bukanlah wajahnya.
Sebenarnya saya bagitahu pereka grafik untuk meletakkan lakaran wajah wanita seperti patung baby doll.
Semasa perbincangan tentang kulit buku itu tiada satu suara pun yang menegur ia seiras Uqasha sampailah pelakon itu sendiri menegurnya di laman sosial.
Mohon maaf buat Uqasha kurang senang
(Kredit Foto : mStar Online)
Maria juga secara peribadi ada berjumpa dengan pelakon tersebut dan menjelaskan segala kekeliruan. Dia juga memohon maaf jika Uqasha kurang senang sehingga menerima kecaman netizen berikutan pertanyaannya di Twitter.
Rabu lalu dia ada sesi fotografi berhampiran pejabat saya, jadi saya ambil kesempatan bertemu dengannya.
Saya minta maaf jika perkara itu membuatkan dia rasa kurang senang dan dia juga meminta maaf kerana dia hanya sekadar bertanya tentang kewujudan buku terbabit.
Saya mula menulis siri Uqasha pada 2015 di sebuah portal hanya sekadar suka-suka, namun selepas mendapat sambutan menggalakkan dan dibaca lebih 8 juta kali, ada pihak mencadangkan ia diterbitkan dalam bentuk novel.
Pada 2016 saya terbitkan dalam bentuk novel tapi ada masalah dengan kulit buku kerana dikatakan terlalu seksi. Jadi kami buat siri kedua dengan olahan baharu yang berkisarkan tentang seorang wanita yang keras kepala. Rakan-rakan kata buku yang saya tulis itu seperti diri saya sendiri.
Tapi sejujurnya ia adalah sifat wanita sekeliling, namun saya tegaskan ia tiada langsung berkaitan dengan kehidupan pelakon Uqasha.
Mengenai penggunakaan nama pula, penulis mengaku nama diambil daripada nama pelakon Uqasha kerana unik dan moden.
Masa itu saya minta pandangan kakak saya tentang nama unik dan dia cadangkan nama Nelydia tapi saya tidak mahu.
Ia disebabkan pelakon itu sedang popular dan kakak mencadangkan nama Uqasha kerana ketika itu dia belum dikenali.
Sumber : mStar Online