berita

Tiada Tindakan Daripada KRU Music, WINGS Buat Laporan Polis Isu Lagu Dicetak Rompak

May 21st, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Pra Dengar Album Wings (Menakluk Kosmos)-13

Siapa tak marah bila usaha yang dibuat diperlekehkan oleh pihak tertentu? Lebih-lebih lagi sampai mengganggu periuk nasi seseorang.

Begitulah yang dirasai oleh kumpulan rock lagenda, Wings apabila album terbaru mereka berjudul Menakluk Kosmos telah dicetak rompak.

Awie sebagai vokalis kumpulan itu menyatakan mereka terlebih dahulu memberitahu penerbit album iaitu KRU Music namun tiada sebarang tindakan diambil.

Disebabkan itu, Wings telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati sekitar jam 8 malam tadi berkenaan isu tersebut.

Pra Dengar Album Wings (Menakluk Kosmos)-19

Kita dapat tahu pada 17 Mei yang mana sebanyak 4 buah lagu telah dicetak rompak. Sedangkan album akan berada di pasaran pada 22 Mei. Malah salah satu lagu yang dicetak rompak itu sepatutnya akan menjadi runut bunyi kepada sebuah filem terbitan KRU.

Apabila mendapat tahu hal itu, Joe (gitaris) terus memaklumkan kepada pihak penerbitan album ini iaitu KRU Music menerusi pesanan ringkas (SMS). Bagaimanapun tiada sebarang tindakan yang dibuat oleh KRU Music sehinggalah ke hari majlis pelancaran album ini iaitu pada 19 Mei lalu.

Jadi bila tiada apa-apa tindakan daripada KRU Music, kami terpaksalah buat tindakan sendiri dengan membuat laporan polis. Kami mahukan penjelasan daripada KRU dan pihak KPDNKK bagaimana hal ini boleh berlaku sekaligus menuntut hak kami. Sekarang ini kami serahkan segalanya pada pihak polis untuk menjalankan siasatan. Selepas itu baru kami akan fikirkan tindakan seterusnya.

Walaupun mengakui perkara ini sedikit sebanyak akan menjejaskan jualan album, namun Awie sebagai vokalis Wings percaya peminat lebih bijak menilai kualiti dan usaha mereka untuk menghasilkan album tersebut.

Untuk pengetahuan anda, empat buah lagu yang dibocorkan tersebut ialah Peti Pandora Mu, Ingatkan Dia, Bisa Yang Tertunda dan Hey Lihat Sini.

Sumber: Malaysian Digest

SKIP THIS AD ×