Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus berkongsi tips kebahagiaan kepada pasangan suami isteri untuk rumah tangga yang berkekalan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Coretan Anak Ustaz Azhar Idrus Buat Ramai Kagum – ‘Terima Kasih Sudi Hantar Ke Kolej, Saya Tahu Banyak Susahkan Umi & Abi’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Apakah Beza Nafkah Dengan Perbelanjaan Keperluan Dapur? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Perkongsian Ustaz

Menurut Ustaz Azhar, pasangan suami dan isteri perlulah saling memaafkan antara satu sama lain demi kesejahteraan rumah tangga mereka.

Hal ini kerana kedua-duanya tidak sempurna, maka mereka haruslah bertolak ansur sepanjang melayari bahtera perkahwinan.

Antara suami isteri perlulah berlebih kurang dan saling memaafkan.

Hakikatnya, kita tidak akan dapat kesempurnaan. Jadi kita perlulah saling memaafkan.

Salah jika kita berkahwin dan berharapkan perempuan itu yang terbaik. Yang terbaik adalah Saidatina Khadijah, Saidatina Aisyah..isteri-isteri para sahabat tapi mereka juga tidak sempurna.

Jangan terlalu meletakkan harapan yang tinggi. Cukuplah sekadar memahami kita dan merawat apa yang kurang.

Tiada yang sempurna

Gambar sekadar hiasan

Mengulas lanjut, Ustaz Azhar berkata, kesempurnaan tidak akan pernah wujud dalam realiti kehidupan manusia.

Kerana kita tidak akan jumpa kesempurnaan yang sebenar ketika hidup di atas dunia.

Hubungan kasih sayang dan kemesraan yang baik-baik hanyalah dalam khayalan-khayalan yang ditulis dalam lirik-lirik lagu.

Sebab itu lagu-lagu cinta seronok didengar.

Sumber: TikTok