berita

‘Tiba-Tiba Kereta Himpit Saya’ – Ustaz Ebit Lew Kongsi Detik Cemas Tercampak Keluar Dari Kereta

July 13th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Siapa tak kenal dengan penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew yang sememangnya dikenali ramai. Malah, dia juga dikenali sebagai real Ustaz Adam dalam drama ‘Nur’ kerana sering mendekati golongan kerja di lorong-lorong.

Terbaru, dia berkongsi detik cemas saat kemalangan jalan raya. Menurutnya dia cuba mengelak dari dihimpit kereta namun akhirnya kemalangan dan tercampak keluar. Alhamdulillah semuanya selamat.

Kereta terbalik

Dah 3hari tak balik kemalangan 3 pagi ini. Tadi dari balik ceramah Masjid Poli Pasir Gudang ke kl. Saya bertiga. Ada kereta masuk ke kanan tiba-tiba himpit kereta saya. Takde kereta lain di highway. Saya cuba elak sampai hampir kena divider kanan. Dua-dua hampir terbalik.

Saya tercampak ke depan. Sempat mengucap. Terhentak kuat juga. Sakit badan dengan hidung. Ada kereta berhenti sekejap semua terus jalan. Tiba saya pandang mana kereta satu lagi. Cari dekat belakang. Kereta tu terbalik. Kita dah bawa bertenang elok tiba-tiba orang mengantuk atau leka langgar kita. Allahu. Itu namanya takdir Allah. Syukur semuanya selamat

Ada rahmat Allah

Disebalik musibah hari ini ada rahmat Allah menanti. Kasih sayang Allah. Staf plus dan towing semua kenal. Bergambar-gambar kami. Dapat dakwah. Cian ustaz penat dakwah sana sini kata mereka. Takde apalah abang. Semua kerana dia sayang. Saya dapat jumpa abang. Dia beri musibah supaya terselamat dari musibah lagi besar. Seorang abang plus peluk sebak.

Dah lama nak jumpa ustaz. Saya ingat ustaz. Saya ingat Allah sayang. Saya banyak diuji tapi selalu ingat Allah sayang. Hari ini walau teruk ustaz tetap cakap Allah sayang.  Terima kaseh abang polis. Abang plus. Abang towing. Syukur pada Allah atas segala nikmatnya. Terima kaseh Ya Allah..

Alhamdulillah ustaz Ebit selamat

Sumber : Ebit Lew

SKIP THIS AD ×