berita

Tiba-Tiba Pengsan & Kena Rasuk Sebelum Majlis, MUA Terpaksa Make Up Pengantin Dalam Keadaan Tidur

February 25th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Keterujaan pasangan pengantin di Indonesia ini meraikan hari bahagia mereka tidak kesampaian apabila pengantin perempuan secara tiba-tiba pengsan dan tidak sedarkan diri.

Pengantin tiba-tiba pengsan

Menerusi video yang dimuat naik oleh Yunita Nur Wijayant di TikTok, berkongsi kisah salah seorang pengantin yang disoleknya itu pengsan secara tiba-tiba sehingga tidak sedarkan diri.

Dalam pada itu wanita berkenaan dipercayai dirasuk dan terpaksa ditidurkan. Walau bagaimanapun, jurusolek (make up artist) tersebut terpaksa meneruskan kerjanya untuk menyiapkan dandanan pengantin perempuan kerana pengantin lelaki sudah sampai di majlis perkahwinan mereka.

Pengantin pengsan terus, kena rasuk dan kerasukan tu pindah ke yang lain, Terpaksa sambil tidur kena make up dan dalam masa yang sama kena masukkan water drip.

Di dalam video berkenaan turut kelihatan, pengantin perempuan sedang tidur sambil dimasukkan water drip. Setelah selesai, wanita tersebut sudah sedarkan diri dan dia perlu dipapah untuk berjalan bagi meneruskan majlis. Namun, ianya hanya seketika kerana pengantin itu pengsan semula sehingga jam 2.00 petang.

Sebab pengantin lelaki dah smapai, mahu tidak mahu make up tetap diteruskan dalam keadaan tidur sambil water drip.

Walaupun cuma keluar kejap lepas itu dia pengsan lagi sampai jam 2.00 petang.

Pengsan semula masa majlis

@yunitanurwijayant Pengantin pinsan terus, kesurupan, mana kesurupannya pindah ke yg lain. Terpaksa Lg tidur di mekapin sambil di infus #viral #fyp #MUAVIRAL ? suara asli – Els Warouw?

@yunitanurwijayant Balas @epink36 Lanjutannya akhirnya keluar sebentar habis itu pinsan lagi #fyp #viral #KredivoSefleksibelItu ? suara asli – MAKEUP BY NWJ

Sumber : yunitanurwijayant

SKIP THIS AD ×