berita

‘Tidak Ada Seorang Perempuan Pun Yang Mahu Kematian Suami’- Nora

February 18th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui penyanyi, Nora Ariffin kehilangan anak keduanya iaitu Alif Johan sebaik sahaja dua tahun pemergian suami tercinta Johan Nawawi iaitu pada 24 Mac 2017. Kehilangan kedua-dua insan yang disayangi itu ternyata masih dirasai Nora sehingga kini. Menerusi Instagram Nora, penyanyi ini berkongsi kisah apabila dia menerima pelbagai kutukan daripada orang ramai sepanjang menjalani kehidupan sebagai seorang ibu tunggal. Sedihnya!

Tidak ada perempuan yang mahu kematian suami

https://www.instagram.com/p/B8sryzsH1f6/

Menurut Nora, tidak ada seorang perempuan di dalam dunia ini mahu suaminya meninggal dunia dan anak-anak menjadi anak yatim di usia yang masih muda. Namun, itu semua ketentuan Allah S.W.T. Sebagai ibu tunggal, segala tanggungjawab yang sebelum ini dipikul oleh suami terpaksa digalas sendiri olehnya. Tambahnya, dia pernah dihina oleh masyarakat kerana berstatus balu. Pelbagai kata-kata negatif dilemparkan kepadanya bahkan anak-anaknya turut dipanggil anak yang tidak cukup kasih sayang dan meraih simpati sebaik sahaja suaminya telah pergi menghadap ilahi.

Menjadi balu ketika umur 23 tahun

Lumrah kehidupan

Di ruangan komen, Nora mengucapkan ribuan terima kasih buat netizen yang memberi kekutan dan kata-kata yang positif buat dirinya. Nora turut menganggap ujian ini merupakan sebahagian daripada lumrah kehidupan. Rata-rata rakan artis dan netizen turut membanjiri ruangan komen Nora di Instagram.

Sumber: Nora Ariffin

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×