berita

‘Tidak Ada Siapa Yang Akan Diceraikan Pun’ – PU Abu

March 30th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Baru-baru ini pendakwah bebas Pu Abu Sufyan, telah menjawab soalan netizen di Instagramnya. Dia didakwa mempermainkan hati perempuan berdasarkan kisahnya bersama dua bekas isterinya sebelum ini.

‘Perkahwinan ni bukan macam game PS5’

Walaupun, dia sering dikaitkan dengan kemelut kahwin dan cerai, dia menegaskan bahawa perkahwinannya bukanlah satu permainan seperti mana yang dicakap oleh netizen.

Tidak ada siapa akan diceraikan pun.Perkahwinan ni bukan mcm game PS5.

Tambahnya, dia akan berusaha untuk membawa rumah tangganya sampai ke syurga. Pada masa yang sama, dia turut meminta netizen  mendoakan supaya dia terus bersabar dan kuat.

‘Saya benci perpecahan’

Walau bagaimanapun, dia memberitahu matlamatnya untuk hidup bahagia bersama keluarga tersayang yang telah dibinanya sebelum ini bersama bekas isterinya.

Yang tahu je tahu apa yg kita hadapi. Saya bencikan perpecahan.

PU Abu pernah menjadi bualan ‘hangat’ netizen apabila dia menceraikan isteri pertamanya iaitu Ain Afini Latif ketika bekas isterinya itu sedang sarat hamil anak pertama mereka. Kemudiannya, dia telah berkahwin dengan seorang usahawan wanita iaitu Hana Azraa tetapi telah bercerai setahun kemudian. Namun, pada ketika ini masih tiada sebarang pengesahan mengenai status rumah tangganya.

Sumber : PU Abu

SKIP THIS AD ×