berita

‘Tidak Akan Tunduk Kepada Tindakan Pengecut’ – Azmin Ali Jawab Tuduhan Video Lucah

June 12th, 2019 | by Amat
Isu & Kontroversi

Dalam beberapa jam sebuah video pengakuan seorang individu telah mengadakan hubungan intim didakwa bersama seorang menteri tersebar luas hari ini, akhirnya, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, YB Azmin Ali buka mulut menafikan perkara tersebut.

Menerusi laporan MalaysiaKini, YB Azmin Ali sekeras-kerasnya menafikan tuduhan itu dan menganggap tuduhan tersebut sebuah fitnah untuk menjatuhkan reputasinya.

Komplot jahat untuk mencemarkan reputasi

Bagaimanapun, Menteri Hal Ehwal Ekonomi tampil menafikan dirinya terlibat dalam video lucah itu. Malah, dia turut yakin ini merupakan sebuah fitnah untuk menjatuhkan reputasinya sebagai ahli politik.

Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini yang bersifat tuduhan jahat dan kejam. Saya yakin siri fitnah ini adalah komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadian saya serta menjatuhkan saya dan memusnahkan karier politik saya.

Tindakan undang-undang akan diambil

Tambahnya lagi, dia akan bertindak menggunakan undang-undang yang sah bagi mencari dan menangkap dalang disebalik agenda ini.

Saya telah mengarahkan para peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang membuat tuduhan-tuduhan jahat serta terhadap pelaku lain.

Malah, pada awal pagi semalam, wartawan dan ahli PKR dipelawa menyertai WhatsApp Group dengan nombor telefon yang tidak diketahui dan klip video tersebut dikongsikan di situ. Kemudian dikongsi juga bersama dengan dokumen-dokumen bank yang konon menunjukkan pembayaran kepada Azmin Ali.

Yakin polis dan SPRM akan ambil tindakan

Penyebaran video pengakuan dari Haziq Abd Aziz, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong hari ini membuat pengakuan bersumpah yang dia memang terlibat dalam video tersebut bersama Azmin Ali. Tambahnya, dia mendakwa kejadian itu berlaku pada 11 Mei semasa pilihan raya kecil Sandakan di bilik menteri berkenaan di sebuah hotel di Sandakan.

Bagaimanapun, Azmin Ali yakin agenda tersebut telah dirancang awal berdasarkan perkembangan politik semasa melalui intimidasi terhadap keselamatan diri dan keluarga pada minggu terakhir Ramadan.

Saya mengutuk sekeras-kerasnya gutter politics. Sesungguhnya, ia tidak mempunyai tempat dalam era Malaysia Baharu, di mana kita sedang berusaha untuk membina semula negara melalui reformasi institusi dan berpegang kepada politik nilai yang luhur dan murni.

Saya sama sekali tidak akan tunduk kepada tindakan-tindakan pengecut ini dan percubaan untuk mengalihkan perhatian orang ramai dari isu-isu negara yang lebih mendesak dan kejayaan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dalam melaksanakan dasar pembangunan negara yang mampan dan inklusif.

Saya yakin polis dan SPRM akan mengambil segala langkah yang perlu berhubung tuduhan jahat ini.

Sumber: MalaysiaKini

SKIP THIS AD ×