Insiden simbah asid yang menimpa pemain bola sepak kebangsaan iaitu Faisal Halim menjadi perhatian ramai ketika ini termasuk bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tular Video Faisal Halim Beri Duit Raya, Netizen Tak Putus Doa – ‘Semoga Sedekah Ini Menjadi Asbab Kesembuhannya’
Artikel Berkaitan: ‘Get Well Soon Faisal Halim’ – Persatuan Bola Sepak Thailand
Tidak patut dibiarkan
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook, Dr.Dzulkifli menyifatkan tindakan individu yang menyimbah asid ke atas tubuh badan penyerang Harimau Malaya itu adalah melampau dan tidak berperikemanusiaan.
Saya tersentak apabila mendapat berita bahawa saudara Faisal Halim telah ditimpa musibah ujian yang berat.
Tindakan tidak berperikemanusiaan, melampau dan tidak beradab dengan menyimbah asid itu tidak patut dibiarkan berulang lagi, walau apa pun alasan yang diberikan.
Sukan wajar kekal hanya sebagai sukan. Persaingan dengan pasukan lawan adalah semata-mata dalam gelanggang. Saat melangkah keluar selepas permainan, segala emosi terlebur dan jadilah kita tetap bersaudara.
Berikutan kecederaan serius yang dialami Faisal, Dr. Zulkifli juga memohon agar semua rakyat di negara ini memanjatkan doa dan memberi sokongan penuh kepada pemain bola sepak berusia 26 tahun itu.
Saya mengajak seluruh rakyat Malaysia, bersama-sama mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan serta mengirimkan kata-kata semangat buat beliau. Perjuangan beliau untuk terus berbakti mengharumkan nama pasukan Harimau Malaya masih panjang.
Sementara itu, Dr. Zulkifli sempat menitipkan nasihat buat Faisal agar bersabar dengan dugaan yang menimpanya.
Kepada saudara Faisal, setiap apa yang berlaku telah ditentukan dalam takdirNya. Saya yakin, ada hikmah yang tersembunyi selama kita bersabar, muhasabah dan redha dengan apa yang berlaku, insya-Allah. Saya sayang anda semata-mata kerana Allah.
Dalam masa yang sama, beliau juga mengagumi bakat yang dimiliki Faisal terutama semasa dia beraksi di Piala Asia Qatar 2023.
Aksi sang wira Harimau Malaya, saudara Faisal Halim, masih segar dalam ingatan saya. Gol menakjubkan yang telah dijaringkan beliau, saat menentang pasukan pilihan utama kejohanan Korea Selatan pada edisi Piala Asia Qatar 2023 yang lalu.
Mungkin tidak keterlaluan saya katakan, kelincahan menggelecek dan ketajaman penyudahnya mengingatkan generasi seusia saya dengan almarhum Datuk Mokhtar Dahari.
Sekadar info, Faisal mengalami lecur tahap empat selepas disimbah asid oleh dua individu tidak dikenali sewaktu membawa anak dan isterinya ke sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara.
Untuk rekod, kejadian khianat menimpa pemain bola sepak ini bermula apabila pemain Terengganu FC, Akhyar Rashid telah disamun dan dipukul dengan sebatang besi boleh laras oleh dua lelaki dalam kejadian di Kuala Terengganu, Terengganu pada Khamis.
Terbaharu, pemain tengah Johor Darul Ta’zim FC (JDT), Safiq Rahim pula menjadi sasaran apabila kereta miliknya diserang oleh dua individu dengan menggunakan tukul besi berhampiran Pusat Latihan JDT.
Sumber: FB Datuk Dr.Dzulkifli