berita

‘Tidak Mahu Buang Staf, Kini Berniaga Durian’ – Tindakan Mila Jirin Sebagai Majikan Dipuji

June 13th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Umum sedia maklum, penyanyi Mila Jirin mula aktif dalam dunia perniagaan bersama suaminya selepas mendirikan rumah tangga. Penyanyi ini menjalankan perniagaan jenis katering perkahwinan.

Terbaru, Mila terpaksa menjual kuih dan durian demi menampung kos operasi syarikat dan pekerja-pekerja akibat pandemik Covid-19. Tindakan penyanyi ini mula dipuji netizen dan menganggap sebagai satu tanggungjawab yang perlu digalas setiap majikan.

Tak mahu buang staf

Status yang dikongsi Mila melalui laman Instagram miliknya itu dipercayai merupakan luahan dari salah seorang staf syarikat Bizmillah. Dia menyifatkan bekas peserta Akademi Fantasia itu seorang yang ‘gila’.

Meskipun perniagaan katering terjejas kerana pandemik Covid-19 yang melanda dunia, namun, Mila tidak membuang pekerjanya. Malah, dia berusaha menjalankan perniagaan yang kecil demi menampung kos operasi syarikat.

Banyak sumbang harta sana sini

Sebelum ini, Mila pernah berniaga kek dan terbaru adalah dia berniaga durian pula. Mila meluahkan rasa terharunya setelah membaca kenyataan yang dikongsikan staf berkenaan. Dia turut mengakui menjadi seorang majikan adalah bukan sebuah tanggungjawab yang mudah. Kita terpaksa memikirkan mengenai kelangsungan hidup mereka terutamanya dalam situasi sekarang.

Menitik air mata baca statement ni. Insya Allah, rezeki Allah itu maha luas, selagi Allah bagi kekuatan buat saya untuk bersama sama hampir 100 pekerja warganegara insya Allah. Betul semua orang sedang susah. Jadi majikan pun bukan mudah.

Sumber: Mila Jiran

SKIP THIS AD ×