berita

Tidak Mahu Buka Aib, Suami Lufya Mohon Maaf

October 18th, 2019 | by Athirah
Kini Trending

Kontroversi membabitkan perpisahan di antara pelakon Lufya Omar dengan Dr. Che Muhammad Hafiz nampaknya masih belum reda. Beberapa hari sebelum ini, Lufya meluahkan rasa kesal terhadap suaminya yang dikatakan tidak menghadiri sebutan kes cerai yang difailkannya di mahkamah. Malah, bekas peserta Akademi Fantasia itu juga mendakwa dirinya telah digantung tidak bertali oleh suaminya selama lebih empat bulan.

Terbaru tanpa mendiamkan diri, Hafiz telah memuat naik satu posting di laman Instagramnya bagi menjelaskan tentang kontroversi yang sedang melanda dirinya itu.

Bukan cara saya untuk buka aib

View this post on Instagram

Salam sejahtera..Seperti mana yang telah saya katakan.bukan cara saya untuk membuka aib atau memburukan mana2 pihak. Negara kita ada undang2 dan demi menjaga hati ramai pihak. sy akan ikut saluran dan cara yang betul. Ini kerana saya mahu selesaikan setiap perkara dengan cara yang terbaik dan lebih professional apatah lagi ia melibatkan personal matter. Sy juga ingin menjelaskan perkara berkenaan statement yg dibuat ke atas saya "Doktor biasa je". Yes memang saya Seorang medical officer di salah sebuah klinik kesihatan dan masih belum jadi seorang specialist,consultant mahupun head of department.sy juga tidak dikurniakan kuasa luar biasa. Namun saya tetap bersyukur kepada Allah swt kerana masih diberi peluang,kudrat serta kekuatan kepada sy untuk merawat pesakit2 sy dgn ikhlas.sy lebih happy apabila melihat senyuman yg dilempar oleh pesakit terhadap sy setelah kesembuhan yang Allah swt berikan terhadap mereka. sy berharap agar semua jgn cepat jump into conclusion malah mendoakan kearah kebaikan buat kami. semoga setiap perkara akan dapat kami selesaikan dengan cara yang terbaik.akhir kata saya ingin memohon maaf jika ada tersalah kata atau terkurang mana2. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah swt dan kekurangan itu adalah dari kelemahan saya sendiri. Sekian..

A post shared by Dr Che Hafiz (@chehafiz007) on

Posting terbaru yang dimuat naik Hafiz itu menyatakan bahawa bukan cara beliau untuk membuka aib mahupun memburukkan mana-mana individu. Katanya demi menjaga hati ramai pihak, dia perlu mengikut saluran yang betul.

Tambah Hafiz, dia mahu supaya kemelut yang sedang melanda dirinya itu dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan professional lebih-lebih lagi ia adalah masalah peribadi.

Dia kemudian turut meminta maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan perbuatannya dan berharap semoga semuanya dapat diselesaikan dengan baik.

Tak abai tanggungjawab terhadap anak

Hafiz sebelum ini telah tampil memberikan kenyataan ekoran ketidakhadirannya ke mahkamah seperti yang didakwa Lufya. Menurut Hafiz, dia telah memaklumkan kepada mahkamah tentang ketidakhadirannya terlebih dahulu.

Malah menerusi laporan mStar kelmarin, Hafiz juga turut menafikan dakwaan Lufya yang menyatakan dirinya tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Dakwaan tentang gantung tak bertali dan tidak menjalankan tanggungjawab…itu kena tanya dia sendiri. Sebab untuk pengetahuan semua, saya sudah menjalankan tanggungjawab terhadap anak kami.

Tidak pernah lagi saya mengabaikan anak seperti yang didakwa. Cuma, kalau ada yang dia keluar pergi mana-mana tu, saya tidak tahu sebab kami tidak lagi tinggal sebumbung.

Sumber: Instagram Che Hafiz, mStar