berita

‘Tidak Mengemaskini Aplikasi MySejahtera Tidak Menjadi Kesalahan’ – Datuk Seri Ismail Sabri

June 8th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Sinar Harian

Sebelum ini, ada pihak mengatakan setiap rakyat Malaysia diwajibkan untuk mengemaskini status kesihatan masing-masing di aplikasi MySejahtera. Sekiranya gagal berbuat demikian, mereka akan dikenakan kompaun kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Terbaru, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa tindakan tidak mengemas kini aplikasi MySejahtera tidak dianggap sebagai satu kesalahan.

Tidak kemaskini MySejahtera bukan satu kesalahan

Foto: Sinar Harian

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, perkara ini telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat Malaysia lebih-lebih apabila terdapat anggota penguatkuasa yang mengeluarkan kompaun kepada individu atas kesalahan gagal mengemaskini aplikasi MySejahtera. .

Saya ingin maklumkan bahawa tidak mengemas kini aplikasi MySejahtera tidak menjadi kesalahan.

Jelas beliau lagi, kegagalan mengemaskini itu bukanlah satu kesalahan dibawah undang-undang termasuk Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Oleh itu, beliau menyarankan agar mana-mana kompaun yang dikeluarkan atas kesalahan terbabit perlulah dibatalkan.

Ini adalah berdasarkan kepada Akta 342, yang mana ia tidak terkandung sebagai satu kesalahan untuk dikenakan kompaun oleh mana-mana penguat kuasa. Pegawai penguat kuasa juga disarankan supaya tidak salah dalam membuat sebarang tafsiran berhubung SOP yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan.

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×