berita

‘Tidak Sangka Penyewa Rumah Tergamak Tinggalkan Binatang..’

April 3rd, 2019 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Minggu lepas, viral di media sosial misteri bau busuk bangkai kucing yang disangka mayat. Kejadian yang berlaku di rumah teres Bandar Mahkota Cheras, Kajang mendapat perhatian ramai pencinta kucing yang rata-ratanya sedih dengan nasib menimpa binatang itu.

Terbaru, pemilik rumah, Nagajothi Subramaniam memberitahu penyewa rumah itu sudah ke luar negara. Sebelum ini, dia juga sedia maklum bahawa rumah itu dijadikan pusat jagaan haiwan, namun tidak menyangka dengan tindakan tidak bertanggungjawab penyewa itu.

Rumah bau busuk dengan najis tidak dicuci

Kami sekeluarga terpaksa bertekak dengan pasangan terbabit kerana keadaan sekitar rumah berbau busuk dengan bulu dan najis haiwan yang tidak dicuci.

Beberapa hari sebelum perayaan Tahun Baru Cina, rumah itu dikunjungi ramai orang yang menghantar kucing serta anjing mereka hingga kediaman itu dipenuhi kira-kira 30 anjing yang diletakkan di tingkat bawah, manakala kucing pula diletakkan di tingkat atas.

Menurut Nagajothi Subramaniam, rumah itu disewa lelaki dan wanita pada Disember tahun lalu sebelum dijadikan pusat jagaan kucing dan anjing.

Terpaksa potong mangga pagar dan pintu utama rumah

Dimaklumkan, pasangan tersebut sudah mendapat izin daripada pemilik rumah untuk menjadikan rumah itu sebagai pusat jagaan haiwan.

Jumlah anjing yang begitu banyak menyebabkan keadaan bising dengan bunyi salakan. Selain itu, sekitar rumah juga berbau busuk kerana najis tidak dicuci serta bulu haiwan berkenaan bersepah.

Keadaan kotor itu menyebabkan saya dan anak-anak pernah bertekak dengan pasangan terbabit, namun tidak diendahkan mereka.

Pihak bomba terpaksa memotong mangga pagar dan pintu utama rumah berkenaan yang didapati tiada penghuni. Hasil pemeriksaan menemukan lapan bangkai kucing dan tiga lagi kucing masih hidup, namun dalam keadaan lemah sebelum diberi makan dan minum oleh anggota bertugas.

Sepatutnya menyerahkan kucing kepada pemilik asal

Menurutnya lagi, jumlah haiwan di rumah terbabit berkurangan selepas diambil pemilik masing-masing seminggu selepas perayaan Tahun Baru Cina.

Pada hujung Februari lalu, saya menyedari rumah itu kosong dan berkunci. Difahamkan pasangan terbabit sudah keluar dari rumah terbabit kononnya untuk mencari pekerjaan lain di luar negara.

Selepas rumah itu kosong, saya ada mendengar bunyi kucing di dalam rumah terbabit, namun tidak mengesyaki apa-apa yang buruk. Bagaimanapun, anak lelaki saya berusia 27 tahun memaklumkan terhidu bau busuk dari rumah berkenaan sebelum menghubungi pihak polis pada 25 Mac lalu untuk tindakan lanjut.

Dia turut tidak menyangka pasangan terbabit tergamak meninggalkan kucing itu tanpa sebarang penjaga selain tidak diberikan makanan dan minuman hingga menyebabkan ia mati kelaparan.

Sekiranya benar mereka mahu ke luar negara atas urusan kerja, pasangan itu sepatutnya menyerahkan semula kucing terbabit kepada pemilik atau memastikan ada individu yang menjaganya sepanjang tempoh tiada di rumah.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×