Pelakon kacak, Meerqeen tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan aktor Amir Ahnaf ‘merampas’ aktres Anna Jobling daripadanya.
Artikel Berkaitan: Amir Ahnaf Jawab Tuduhan ‘Sailang’ Anna Jobling Daripada Meerqeen – ‘Saya Tak Merampas Dia Dari Sesiapa’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Meerqeen Beli Kereta G-Wagon Harga Lebih 1 Juta, Syukur Kerja Keras Berbaloi – ‘Saya Ni Kerja Dalam Diam’
Tiada hubungan istimewa
Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam berkata, tidak timbul isu rampas merampas memandangkan hubungan dia dan Anna sekadar berkawan baik dan tidak lebih daripada itu.
Tidak timbul isu rampas merampas kerana antara saya dan Anna Jobling hanya sekadar kawan, tiada sebarang hubungan istimewa.
Itu hanya persepsi orang luar kerana hakikatnya, kami bertiga tiada sebarang masalah. Jangan pula kerana pihak lain yang mengapi-apikan hal ini, hubungan kami sebagai rakan sesama industri jadi tidak baik.
Meerqeen berkata demikian ketika ditemui pada majlis Viu Upfront 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada Selasa.
Tambah Meerqeen, sebagai sahabat, dia tidak berhak menghalang Anna untuk berkawan dengan sesiapa sahaja, apatah lagi antara mereka tiada sebarang hubungan istimewa.
Itu sahaja yang dapat saya katakan mengenai hal tersebut. Lagipun, sebagai pelakon, saya perlu bersikap profesional kerana industri hiburan kita kecil.
Lambat-laun pasti kami akan bersua juga. Jadi, hal ini tidak perlu diperbesarkan kerana tiada isu pun antara kami.
Sementara itu, disoal mengenai reaksi peminat yang masih mengharapkan dia dan Anna terus bergandingan, Meerqeen menjawab, dia tidak mempunyai masalah jika produksi mahukan mereka untuk berlakon bersama.
Terserah kepada peminat kerana saya hanya menjalankan tanggungjawab apabila bersetuju untuk menjayakan sesebuah produksi.
Mungkin peminat masih belum dapat melupakan keserasian kami ketika beraksi dalam Melur Untuk Firdaus. Tetapi, kami juga harus mencuba pelbagai watak lain yang memerlukan saya dan Anna bergandingan dengan pelakon lain.
Dalam hal ini, semua pihak perlu bersikap terbuka. Tidak perlulah hal ini diperbesarkan dan dijadikan isu.
Terdahulu, segelintir netizen mendakwa Amir merampas Anna daripada Meerqeen.
Dakwaan tersebut timbul apabila Amir dan Anna dilihat begitu akrab selepas mereka berdua digandingan dalam sebuah naskhah.