berita

Tiesto Turun Sepang Oktober Ini!

July 24th, 2013 | by Ai
Kini Trending

BXTX-Slider1-Tiesto

Kali terakhir turun ke Malaysia pada tahun 2011, Tiesto telah berjaya menarik lebih 20 ribu orang peminat ke litar Sepang untuk menyaksikan sendiri kehebatan dj bertaraf dunia ini.

Walaupun satu ketika dahulu Tiesto pernah popular dengan lagu-lagu trance-nya, namun kini beliau masih lagi mempunyai kelompok peminatnya yang tersendiri walaupun selepas menukar genre muziknya.

Tiesto kini lebih dikenali oleh generasi baru dengan podcast ‘Clublife’ yang sehingga kini telah mencatat lebih 320 jumlah podcast di laman rasminya, Tiesto.com. Bakal menjengah Sepang pada 5 Oktober ini, Tiesto akan turut diiringi oleh nama-nama baru yang semakin popular iaitu Danny Avila yang baru berusia 18 tahun dan juga Dj Tigerlily, dj wanita dari Australia.

Dj tempatan yang akan turut memeriahkan lagi Tiesto Clublife ini termasuklah Goldfish & Blink (Revealed), Nick Haydez dan B.A.T.E. Seperti biasa, kami pasti Tiesto bakal menjadi daya tarikan para peminat dari seluruh Asia Tenggara untuk menyaksikan sendiri dj ini beraksi.

Acara ini bakal bermula pada jam 7.30 petang dan para peminat boleh mula mendapatkan tiket pada harga RM118 (Early bird – Limited), RM148 (Pre-Sale), RM188 (Door Sales), dan RM298 VIP (Limited).

Tiket boleh didapati di Rock Corner Outlet ataupun secara online di www.boxtix.asia.

Mari dengar Tiësto – Club Life Volume 3 Mini-Mix selepas ini ya!

SKIP THIS AD ×