berita

Tiga Beradik Kahwin Sekali…Mengandung & Berpantang Semua Serentak!

February 8th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Suriati

Dalam sesebuah keluarga, hubungan antara adik beradik yang akrab tidak dapat disangkal lagi. Bahkan, adik beradik ini pasti akan berkongsi antara satu sama lain jika apa-apa yang terjadi. Perkara tersebut secara tidak langsung menguatkan lagi hubungan mereka.

Seperti perkongsian seorang wanita dikenali sebagai Suriati, tampil menceritakan hari bahagianya bersama dua adik beradiknya yang lain. Apa yang lebih menarik lagi, apabila mereka bertiga ini telah disandingkan pada hari yang sama. Perkongsian tersebut diceritakan menerusi video yang mendapat lebih 100k tontonan di laman TikTok.

Kisah cinta 3 beradik

Foto: Suriati

Menerusi video tersebut, wanita ini berkongsi beberapa keping foto sekitar majlis persandingnya yang diadakan secara sekali gus bersama kakak sulungnya dan adik lelakinya bersama calon pilihan masing-masing. Bahkan, foto-foto mereka bertiga ketika proses bertunang juga turut diletakkan ke dalam video tersebut. Difahamkan, ketiga-tiga pasangan ini telah disandingkan pada bulan Februari tahun lalu.

Bahkan, apa yang lebih mengejutkan apabila adik beradik ini termasuk adik iparnya berkongsi tempoh kehamilan yang sama. Tidak berakhir di situ, tempoh hamil yang sama, mereka turut berkongsi tempoh berpantang yang juga sama. Memang sepakat habis ni, kahwin sama, beranak pun sama.

Ayah nak sangat cucu, alih-alih tiga bagi cucu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut teruja akan kisah cinta tiga beradik ini. Pada masa yang sama, netizen sempat berjenaka dengan datuk dan nenek kepada tiga cucu ini yang sudah pastinya teruja apabila menerima cucu sebanyak ini secara sekali gus. Tahniah!

Hari bahagia

 

@suriati94cinta 3 beradik? original sound – GTI?Aryonada? – ?KANANSI?ARYO NADA

@suriati94alhamdulillah…selesai majlis 3 beradik…along tudung koko,angoh tudung pink,acik bersongkok….29.02.2020 ?? You Deserve to be My Wife – DJ Haning

Semoga berkekalan

Sumber: Suriati

 

SKIP THIS AD ×