

Foto: Utusan Malaysia
Tiga beradik wanita ditemukan lemas ketika berkelah di Pantai Cahaya Bulan, Port Dickson bersama saudara sempena cuti hari raya Aidilfitri.
Tiga beradik mati lemas

Foto: Harian Metro
Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang, Penolong Penguasa Bomba Azizee Alias, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan berhubung kejadian yang menimpa ketiga-tiga mangsa berusia 19, 29 dan 30 tahun.
Mayat ketiga-tiga mereka itu ditemukan kira-kira 50 meter dari pantai. Ketika kejadian, air tengah pasang dan agak bergelora. Saya juga dimaklumkan kawasan berkenaan adalah kawasan larangan mandi.
Difahamkan, dua lelaki yang merupakan adik dan saudara kesemua mangsa turut bermandi-manda bersama namun berjaya diselamatkan oleh orang awam. Mereka kemudian dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan manakala mayat ketiga-tiga mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
Berdasarkan maklumat, ketiga-tiga mangsa bersama adik lelakinya berusia 26 tahun dari Banting, Selangor manakala seorang lagi saudara lelakinya berusia 29 tahun dari Perak dipercayai datang berkelah di lokasi sebelum mereka ditemukan lemas.
Sumber: Harian Metro






![[VIDEO] ‘Janji Tak Nak Kahwin Akhirnya Tewas Dengan Kapten’ – Ibu Sangka Hasrat Dr Fie Kembali Jadi Isteri Hanya Gurauan](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2846.jpeg)
![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)