Tiga beradik dilaporkan maut dipercayai terkena renjatan elektrik di luar rumah mereka yang dilanda banjir di Kampung Morak, Kelantan pagi tadi.
Tiga beradik maut
Memetik laporan Sinar Harian, ketiga-tiga mangsa berusia dalam lingkungan 20 hingga 27 tahun. Kesemua mereka ditemui terapung dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sekitar jam 11:45 pagi.
Difahamkan, seorang daripada mangsa terkena renjatan elektrik selepas memegang tiang rumah sebelum terkena pula kepada dua adiknya yang turut berada di hadapan rumah. Menurut sumber, salah seorang daripada mangsa merupakan guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti).
Ahli keluarga mangsa iaitu Mohd Amin Mohd Nazir, 25, mengesahkan kejadian itu.
Sumber: Sinar Harian, Berita Harian