berita

Tiga Hari Sukar Bernafas, Sweet Qismina Positif COVID-19

April 22nd, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Baru-baru ini, pelakon Sweet Qismina telah akui bahawa dirinya positif COVID-19 selepas menjalani swab test pada hari Selasa.

Mula rasa tak sihat ketika jalani penggambaran

Menerusi posting yang telah dimuat naik oleh pihak pengurusan Warner Music Malaysia di Instagram, pihaknya memberitahu yang kini Sweet sedang dikuarantin di Pusat Kuarantin Ipoh.

Menurut tuan punya badan, dia mula berasa tidak sihat ketika menjalani penggambaran filem Tariandi di Kuala Kangsar, Perak sejak 16 April lalu.

Sweet berada di Kuala Kangsar untuk menjalani penggambaran berasa tidak sihat dan mengambil ubat selama tiga hari berturut-turut tetapi masih belum pulih dan sukar bernafas.

Hilang deria rasa dan bau

Walau bagaimanapun, Sweet telah membuat swab test berkenaan di Columbia Hospital, Taiping dan keputusan daripada ujian tersebut adalah positif. Sweet telah dihantarkan ke Hospital Kuala Kangsar dan membuat sariangan PCR namun keputusannya masih sama positif juga.

Kemudiannya, dia telah dihantar ke Pusat Kuarantin di Ipoh untuk dikuarantin. Pihak pengurusan mengatakan yang Sweet tidak mengalami sebarang komplikasi cuma dia hanya hilang deria rasa serta bau sahaja.

Pelakon yang berusia 24 itu mengucapkan terima kasih kepada petugas kesihatan yang telah membantunya sepanjang dia menerima proses rawatan berkenaan dan meminta orang ramai agar mendoakan agar Sweet cepat sembuh.

Sumber : sweetqismina

SKIP THIS AD ×