Sebelum ini, Dr Amalina Bakri memberitahu kepada umum bahawa dia telah bertunang dengan jejaka Eropah pilihan hatinya. Malah, dia juga teruja untuk merancang perkahwinan yang bakal diadakan di United Kingdom dan Malaysia.
Artikel berkaitan: Dr Amalina Sah Bertunang Dengan Lelaki British Pilihan Hati
Terbaru, Dr Amalina telah selamat melangsungkan majlis pernikahan di London Central Mosque pada 31 Mac yang lalu. Berita gembira tersebut telah dikongsikan oleh Dr Amalina sendiri di akaun Instagramnya. Tahniah!
Tiga kali tunda majlis perkahwinan
Alhamdulillah, selesai sudah majlis akad nikah saya di London Central Mosque pada 31 Mac 2021. Meskipun terpaksa tangguh majlis tersebut sebanyak tiga kali oleh kerana tempoh penutupan dan penyekatan yang dilaksanakan oleh kerajaan berikutan pandemik Covid-19.
Menurut Dr Amalina, dia berasa lega kerana dapat mengadakan majlis perkahwinan secara sederhana walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai kesukaran. Tambahnya, majlis tersebut dihadiri oleh keluarga terdekat serta sahabat handai. Jelasnya, hanya enam orang sahaja yang dibenarkan hadir berdasarkan undang-undang kawasan tersebut.
Bercerita lebih lanjut, Dr Amalina memberitahu bahawa mereka ingin mengadakan majlis resepsi di Malaysia pada bulan Mac dan Jun di United Kingdom. Namun begitu, semua majlis resepsi tersebut terpaksa ditangguhkan sehingga mereka yakin bahawa semua tetamu yang ingin dijemput dapat hadir ke majlis tersebut. Jelasnya lagi, dia dan Alex sangat memandang ke hadapan untuk meraikan hari bahagia mereka bersama orang tersayang.
Tahniah doktor!
Tahniah doktor, lawa sangat gambar kahwin doktor.
Doktor dah tak puasa dan raya sorang-sorang dekat UK dah lepas ni.
Kami semua gembira seandainya doktor turut bergembira. Tahniah doktor.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memberi ucapan tahniah buat Dr Amalina dan pasangannya. Terdahulu, Dr Amalina turut memuat naik foto semasa sesi menyarung cincin di media sosialnya.
Sumber: Dr Amalina