Sekadar gambar hiasan
Tiga kanak-kanak lelaki ditahan polis selepas disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun secara berkumpulan di sebuah kebun di daerah Tawau, pada Khamis.
Artikel Berkaitan: 4 Murid Sekolah ‘Kenduri’ Budak 13 Tahun Sampai Mati, Buang Mayat Di Kubur – ‘Mereka Datang Tahlil Arwah Sebelum Ditahan Polis’
Artikel Berkaitan: ‘Kenapa Tak Ada Surat Terbuka Buat Mangsa R*gol & Per*gol? Kalau Shima Bukan Main Buat Konten’
3 kanak-kanak rogol berkumpulan
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Astro Awani, penahanan ketiga-tiga suspek yang berusia dalam lingkungan 12 hingga 14 tahun itu dilakukan susulan laporan yang diterima daripada ibu mangsa, pada Jumaat.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau iaitu Superintenden Champin Piuh, ketiga-tiga suspek merupakan kenalan dan tiinggal di kampung yang sama dengan mangsa.
Dua suspek adalah pemegang sijil lahir, manakala seorang lagi tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan semua mereka tidak bersekolah.
Susulan daripada itu, kesemua suspek kini ditahan reman selama lima hari sehingga 2 Oktober hadapan untuk membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 375b Kanun Keseksaan, Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Sumber: Astro Awani