berita

Tiga Kes ‘Fail Mahkamah’ Yang Tergempar Tahun 2023

January 10th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, ‘Fail Mahkamah’ yang bersiaran di TV3 sejak tahun lalu, mendedahkan kes-kes tergempar yang pernah berlaku di dalam negara tidak kira pada masa dahulu mahupun sekarang.

Sempena tahun 2024, OhBulan! nak recape tiga kes ‘Fail Mahkamah’ yang tergempar sepanjang tayangan tahun lalu.

Kes Noor Suzaily

Kejadian berlaku pada 7 Oktober 2000. Noor Suzaily yang merupakan satu-satunya puteri dalam keluarganya meninggalkan rumah untuk pergi bekerja, berakhir dengan kisah tragis akibat korban kerakusan nafsu seorang lelaki yang tidak berperikemanusiaan. 

Pada jam kira-kira 7:30 pagi, Noor Suzaily menaiki bas Permata Kiara yang mempunyai nombor plat WDE 4256.  Setelah menurunkan  semua penumpang, Suzaily tinggal berseorangan bersama pemandu bas. Pemandu bas tersebut didapati melencongkan perjalanan ke arah lain dan disitulah bermula kekejaman pemandu bas terbabit terhadap mangsa. Mayat Noor Suzaily ditemui tiga hari selepas kejadian tragis itu berlaku. 

Kes Nurin Jazlin

Kes pembunuhan ngeri kanak-kanak perempuan yang telah menggemparkan Malaysia. 20 Ogos 2007, seorang kanak-kanak berusia 8 tahun, Nurin Jazlin, dilaporkan hilang ketika keluar ke pasar malam sekitar jam 6 petang berhampiran rumahnya di Wangsa Maju. Mangsa dikatakan keluar berseorangan ke pasar malam untuk membeli sepit rambut. 

17 September 2007, seorang lelaki telah meletakkan beg sukan di hadapan sebuah kedai di kawasan Petaling Jaya.  Pemilik kedai yang menemui beg itu melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.  Beg tersebut didapati mengandungi mayat seorang kanak-kanak perempuan yang dibiarkan tidak berpakaian. Mayat tersebut dipercayai Nurin Jazlin. 

Kes Mona Fendi

Antara kes jenayah tergempar yang paling ngeri di Malaysia membabitkan pembunuhan kejam seorang ahli politik iaitu Dato’ Mazlan Idris. 

Pada tahun 1993, misteri kehilangan Dato’ Mazlan akhirnya terungkai apabila mayatnya ditemui mati dibunuh.   Mayat mangsa didapati  dikerat dan ditanam di sebuah rumah separuh siap di  Ulu Dong, Raub, Pahang. Mayat Dato’ Mazlan dikerat 18 bahagian dan ditanam sedalam 1.8 meter dengan permukaannya disimen. 

Maznah Ismail atau lebih dikenali sebagai Mona Fandey dan suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman serta pembantu mereka, Juraimi Husin,  didapati terbabit dan disabitkan kesalahan membunuh Dato’ Mazlan pada 9 Februari tahun 1995 di Mahkamah Tinggi Temerloh dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati. 

Jangan lupa saksikan banyak lagi kes-kes tergempar dalam Fail Mahkamah, setiap Rabu jam 9 malam, hanya di TV3. 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×