
Bayangkan baru sahaja melangkah ke fasa memiliki rumah idaman, tiba-tiba dapat pula peluang bercuti mewah bersama insan tersayang.
Lebih menarik, tiga pembeli rumah IJM Land kini boleh merealisasikan percutian impian mereka ke London, Melbourne dan Maldives selepas diumumkan sebagai pemenang kempen XPLOSIVE.
Bukan sekadar tiket penerbangan biasa, ketiga-tiga pemenang bakal menikmati pengalaman percutian untuk dua orang lengkap dengan penerbangan pergi balik Kelas Pertama ke destinasi masing-masing.
Kempen XPLOSIVE berlangsung selama lima bulan
Kempen XPLOSIVE IJM Land berlangsung selama lima bulan, dari Oktober 2025 hingga Mac 2026, dan diperkenalkan di 28 pembangunan IJM Land yang mengambil bahagian di seluruh negara.
Menerusi kempen ini, pembeli bukan sahaja mendapat manfaat berkaitan pemilikan rumah, malah berpeluang menikmati pelbagai ganjaran menerusi XPLOSIVE Rewards, manfaat kewangan menarik serta XPLOSIVE Prizes.
Untuk hadiah utama pula, pemenang dipilih menerusi pertandingan kuiz dalam talian di bawah pengawasan juruaudit bebas.
Jadi, memang bukan calang-calang hadiah yang menanti!
Kenali tiga pemenang bertuah XPLOSIVE
Kini, tiba masa untuk kenali tiga pasangan pembeli rumah yang berjaya membawa pulang hadiah percutian mewah masing-masing.
Hadiah Pertama menjadi milik pembeli bersama Ooi Chin Sun @ Ng Chin Sun dan Ng Yi Ling.
Kedua-duanya memenangi pengalaman percutian mewah untuk dua orang ke London, United Kingdom, lengkap dengan penerbangan pergi balik Kelas Pertama.
Bagi Hadiah Kedua pula, pembeli bersama Phang Yi Khai dan Lee Sze Hui bakal menikmati percutian untuk dua orang ke Melbourne, Australia, turut lengkap dengan penerbangan pergi balik Kelas Pertama.
Manakala Hadiah Ketiga dimenangi pembeli bersama Lau Jin Wei dan Chiang Mee Kuan, yang akan menikmati pengalaman percutian untuk dua orang ke Maldives, termasuk penerbangan pergi balik Kelas Pertama.
Kesemua pemenang diraikan dalam majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di IJM Land Centre of Excellence (I.C.E.) Gallery @ Pantai Sentral Park pada 7 September 2026.
Hadiah disampaikan oleh Dato’ Tony Ling Thou Lung, Ketua Pegawai Eksekutif IJM Land.
Bukan sekadar menawarkan rumah, tetapi pengalaman
Menariknya, sambutan terhadap kempen XPLOSIVE turut mencerminkan permintaan positif terhadap portfolio pembangunan IJM Land di pelbagai lokasi.
Antara pembangunan yang mendapat perhatian pembeli ialah THE LIGHT Waterfront Penang, Pantai Sentral Park dan Riana Dutamas.
Ketiga-tiga pembangunan ini menarik pembeli yang mencari kediaman dengan akses mudah, kehidupan bandar kontemporari serta lokasi yang dekat dengan hab pekerjaan dan kemudahan gaya hidup.
Pada masa sama, IJM Rimbayu dan Seremban 2 terus mendapat sambutan, sekali gus menunjukkan tarikan perbandaran matang yang menawarkan infrastruktur sedia ada, kemudahan lengkap serta persekitaran yang sesuai untuk kehidupan pelbagai generasi.
Malah, minat terhadap fasa baharu dalam komuniti yang sudah matang turut dilihat menerusi Anthea di IJM Rimbayu dan Sutera 2 di Seremban 2.
Ini menunjukkan pembeli kini bukan sahaja mencari rumah baharu, tetapi turut melihat nilai memiliki kediaman dalam komuniti yang sudah mempunyai kemudahan dan persekitaran yang established.
“Kami hargai kepercayaan pembeli”
Menurut Dato’ Tony Ling Thou Lung, sambutan menggalakkan terhadap kempen XPLOSIVE mengukuhkan kepercayaan IJM Land bahawa pembangunan yang berjaya bermula dengan memahami perkara yang benar-benar dihargai oleh pembeli rumah.
“Falsafah yang mengutamakan pelanggan ini diterapkan di seluruh portfolio kami yang pelbagai, membolehkan kami memenuhi keperluan pembeli pada peringkat kehidupan berbeza dan di lokasi berlainan.
“Kami berterima kasih kepada semua yang menyertai kempen XPLOSIVE dan meletakkan kepercayaan kepada IJM Land.
“Tahniah kepada ketiga-tiga pemenang dan kami berharap pengalaman perjalanan ini akan mencipta kenangan indah bersama insan tersayang,” katanya.