
Tiga warga Malaysia ditahan di Thailand selepas dipercayai terlibat dalam cubaan membawa masuk 87 kilogram dadah jenis syabu bernilai kira-kira RM4.3 juta.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kastam Indonesia Kongsi Rakaman CCTV Penahanan Juruterbang Malaysia Didakwa Seludup Dadah, Sebotol Urin Turut Dirampas
Artikel Berkaitan: Juruterbang Malaysia Ditahan Di Indonesia, Dakwa Jadi ‘Keldai’ Seludup 25 Kilogram Dadah
Sorok syabu dalam bagasi

Menurut laporan Berita Harian, penahanan itu dilakukan ketika ketiga-tiga suspek menaiki kereta api dari Bangkok menuju ke Hat Yai sebelum diperiksa pihak berkuasa di Stesen Hat Yai.
Operasi tersebut dijalankan hasil kerjasama antara unit pencegahan narkotik Polis Hat Yai, polis keretapi, polis pelancong serta Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik Wilayah 9.
Hasil pemeriksaan mendapati dadah berkenaan disorokkan di dalam tiga beg pakaian beroda dan tiga beg galas yang dibawa oleh suspek.
Anggota menemui dadah jenis methamphetamine kristal (syabu) disembunyikan dalam tiga beg pakaian beroda dan tiga beg galas.
Siasatan awal mendapati bekalan dadah tersebut dipercayai dihantar kepada rangkaian pengedaran dadah di Malaysia.
Ketiga-tiga suspek juga dikatakan ditawarkan bayaran sebanyak RM8,000 seorang sebagai ganjaran untuk membawa bahan terlarang itu.
Pihak berkuasa kini meneruskan siasatan bagi mengenal pasti individu yang mendalangi kegiatan tersebut serta mengesan kemungkinan penglibatan pihak lain dalam sindiket pengedaran dadah rentas sempadan.
Sumber: Berita Harian








