Tiga remaja lelaki bawah umur mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bahau atas tuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun pada Januari lalu di sebuah bilik hotel di Bahau.
Budak 12 tahun dirogol
Memetik laporan Berita Harian, tertuduh yang berusia 14 dan 17 tahun didakwa merogol mangsa pada 28 Januari lalu sekitar jam 11:30 malam manakala, seorang lagi tertuduh, 16 tahun melakukan perbuatan yang sama pada keesokan harinya iaitu 29 Januari di antara jam 3 pagi hingga 1 tengah hari.
Tertuduh yang berusia 16 tahun didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(d) Kanun Keseksaan ( Akta 574), manakala, dua lagi remaja dituduh secara bersama mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan.
Jika didapati bersalah, tertuduh boleh dihukum penjara di antara 10 hingga 30 tahun dengan sebatan. Mahkamah menetapkan 22 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Sumber: Berita Harian