berita

Tiga Sahabat Ini Road Trip Dari Malaysia Ke Hanoi Demi Harimau Malaya

December 14th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Perlawanan Final Piala AFF Suzuki 2018 pusingan kedua yang akan berlangsung di Hanoi, Vietnam ternyata tidak mematahkan semangat rakyat Malaysia untuk ke sana. Seperti tiga sahabat ini sanggup memilih untuk memandu sendiri kereta dari Kuala Lumpur ke Hanoi demi memberi sokongan padu buat pasukan Harimau Malaya.

Kekangan kewangan bukan menjadi halangan untuk mereka road trip ke sana demi negara tercinta.

Amukan Harimau Malaya

Menerusi Facebook Leng Chai Gulong telah berkongsi beberapa foto sepanjang perjalanan mereka ke Hanoi. Perjalanan mereka itu perlu melalui Thailand terlebih dahulu sebelum tiba di Vietnam. Foto yang dimuatnaik ini turut melihat semangat penyokong Harimau Malaya sambil memegang sehelai kain rentang berwarna kuning dan tertulis AMUKAN HARIMAU MALAYA.

Memandu kereta ke Hanoi

Tiga sahabat ini, Amirul Amin, Mohd Fitri, dan Leng Chai Gulong telah merancang perjalanan pada malam 12 Disember 2018 selepas mendapati harga tiket pesawat dua hala dari Kuala Lumpur ke Hanoi dengan harga RM1,800 seorang dan mereka merasakan harga itu mahal.

Perjalanan ke Hanoi itu bermula pada 13 Disember 2018 pada jam 6 petang dengan menaiki sebuah kereta mengikut laluan dari arah Bukit Kayu Hitam. Mereka sempat singgah mengisi perut di Sadao sebelum singgah di Phattalung, untuk menumpang mandi dan menyegarkan badan di rumah saudara salah seorang sahabat mereka.

Sebelum menjerit di Vietnam

Difahamkan tiga sahabat ini bermalam di Lapangan Terbang Don Mueng, Bangkok sebelum menaiki pesawat untuk ke Hanoi, Vietnam. Perjalanan mereka perlu masuk ke Laos sebelum tiba di Vietnam dan menghadapi kekangan masa bagi menyiapkan Visa.

Mereka rasa lebih seronok dapat menikmati road trip ke Hanoi, Vietnam sebelum menjerit ketika perlawanan akhir Malaysia menentang Vietnam di stadium esok.

Sumber: Leng Chai Gulong

SKIP THIS AD ×