berita

Tiga Sekawan Ditahan Polis, ‘Ratah’ Budak Berusia 12 Tahun Bergilir-Gilir

August 17th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Rogol Budak 12 Tahun Bergilir-Gilir

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun berdepan dengan detik hitam apabila dipercayai dirogol secara bergilir-gilir oleh tiga orang rakannya yang hanya dikenali melalui media sosial.

Artikel Berkaitan: Rogol 2 Anak Hingga Seorang Hamil, Lelaki Dipenjara 702 Tahun, 234 Sebatan – ‘Saya Terima Hukuman Ini’

Ditahan polis

Tiga Lelaki Rogol Budak Bergilir-Gilir

Memetik laporan Harian Metro, ketiga-tiga suspek yang berusia 18 hingga 20 tahun itu kemudiannya berjaya ditahan dan didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di sebuah rumah yang terletak di Sri Gading, Batu Pahat, Johor.

Difahamkan, salah seorang daripada suspek didakwa pernah melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa sejak bulan lalu.

Kejadian tersebut akhirnya terbongkar selepas diketahui ibu mangsa yang kemudiannya membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, memaklumkan bahawa ketiga-tiga suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan.

Mahkamah Majistret Batu Pahat membenarkan ketiga-tiga suspek direman sehingga Isnin ini,

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan, ketiga-tiga suspek boleh berdepan dengan hukuman penjara sehingga 30 tahun.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×