berita

Tikam Dan Bawa Mayat Kekasih Ke Balai, Apa Motif Kes Bunuh Paling Rare Ini?

February 6th, 2018 | by faris
Kini Trending

Cinta boleh membuatkan manusia bertindak luar biasa. Cinta yang mendalam jika tidak disalurkan dengan betul akan menyebabkan cemburu. Adalah normal jika perasaan cemburu muncul namun tanpa kawalan dan fikiran rasional, perasaan berkenaan juga boleh mengundang padah.

Seorang lelaki telah membunuh kekasihnya sendiri dalam satu kejadian di Damansara, semalam. Namun ada sesuatu yang pelik berlaku apabila suspek membuat satu tindakan luar biasa.

Bawat mayat kekasih ke balai

Apa yang mengejutkan adalah, suspek membawa sendiri mayat mangsa ke sebuah Balai Polis Damansara untuk proses menyerah diri. Suspek dipercayai membunuh mangsa beberapa jam sebelum itu.

Suspek memandu kereta Honda City ke balai berkenaan pada kira-kira 4 petang dengan mayat teman wanitanya di tempat duduk belakang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata suspek membunuh mangsa di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara pada pukul 1.30 petang.

Suspek kemudian menyerahkan dirinya kepada polis di Balai Polis Damansara pada jam 4 petang, pemeriksaan kemudian menemui mayat mangsa di bahagian tempat duduk penumpang belakang.

Pemeriksaan terhadap tubuh mangsa pula menemui kesan tikaman di bahagian leher dipercayai akibat ditikam oleh benda tajam yang ditemui di dalam kereta suspek.

Mungkin bermotif cemburu

Tambah Mohd Zani, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut mengenai motif pembunuhan namun tidak menolak perkaitan dengan hubungan cinta cinta suspek dan mangsa.

Mayat mangsa dibawa ke dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Pihaknya akan mendapatkan perintah reman terhadap suspek esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro , Berita Harian , Kosmo! , Sinar Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×