berita

Tikam Perogol Isteri Sampai Mati, Lelaki Dipenjara 8 Tahun

October 12th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Seorang lelaki dari Indonesia telah dijatuhi hukuman penjara selama lapan tahun oleh mahkamah atas kesalahan membunuh individu yang merogol isterinya.

Tikam, bunuh perogol isteri

Memetik laporan Indo Zone, lelaki terbabit yang dikenali dengan nama Yos Ariansyah bertindak menikam individu terbabit sehingga maut pada 28 Mac 2021 yang lalu. Insiden tersebut berpunca selepas Yos Ariansyah mendapat berita bahawa isterinya telah menjadi mangsa rogol seorang individu, Dedi Irawan berusia 34 tahun.

Berang dengan tindakan jijik itu, Yos kemudian berusaha mencari perogol berkenaan dan pada ketika itu dia terlihat perogol tersebut sedang menunggang motosikal sebelum memintanya memberhentikan kenderaannya. Tapi sebaliknya yang berlaku apabila perogol berkenaan langsung tidak mengendahkan permintaan Yos. Hal tersebut membuatkan Yos semakin berang lalu dia membaling kayu ke arah perogol berkenaan.

Dijatuhi hukuman kerana membunuh

Sekadar gambar hiasan

Tidak terhenti di situ, Yos bertindak agresif dengan menikam perogol itu berkali-kali sebelum dileraikan penduduk kampung. Perogol terbabit yang mengalami kecederaan parah akibat luka tikaman disahkan meninggal dunia.

Oleh hal demikian, Yos Ariansyah berusia 21 tahun didapati bersalah kerana membunuh individu yang merogol isterinya. Difahamkan tempoh lapan tahun itu adalah yang paling minimum daripada tuntutan pihak pendakwa yang mahukan hukuman penjara 12 tahun dikenakan ke atasnya. Meskipun begitu, peguam Yos Ariansyah sedang berbincang sama ada mahu membuat rayuan ataupun tidak.

Sumber: Indo Zone

SKIP THIS AD ×