berita

Tiket Habis? Terengganu Sedia 12 Bas Percuma Untuk Mahasiswa Pulang Beraya!

May 27th, 2019 | by Wan
Kini Trending

Mendengar keluhan mahasiswa yang terbeban dengan harga tiket pengangkutan awam yang tinggi dan kehabisan tiket untuk pulang beraya di kampung halaman, kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu menyediakan sebanyak 12 buah bas secara percuma untuk membawa 480 mahasiswa Terengganu yang belajar di luar negeri itu pulang Terengganu.

Menurut Pegawai Perhubungan Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) Muhamad Khairi Mezah, mahasiswa yang  mendaftar untuk mengikuti program ‘Tranung, mu tunggu aku balik’ ini akan menikmati hidangan sahur percuma.

Mahasiswa berkenaan juga akan menikmati hidangan sahur yang disediakan sebelum bergerak pulang ke kampung halaman masing-masing.

Menerusi program Jom Balik Raya Aidilfitri Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) ini, 12 bas dijadualkan bertolak daripada lokasi yang telah ditentukan pada 31 Mei ini dan dijangka tiba di perkarangan Yayasan Terengganu di sini pada awal pagi, 1 Jun.

Bagi pelajar yang tinggal di enam daerah iaitu Besut, Setiu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman, Yayasan Terengganu juga akan menghantar mereka pulang dengan bas percuma ke daerah masing-masing. Mahasiswa Terengganu telah dimaklumkan mengenai program tersebut melalui laman rasmi Facebook Permata di universiti masing-masing.

Sumber: Bernama

SKIP THIS AD ×