Salah seorang ejen kepada usahawan terkenal, Hafiz Mahamad dan isterinya, Syafiqah Aina menerima tajaan tiket menunaikan ibadah haji secara percuma termasuk pakej khemah VIP bagi musim haji tahun ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ejen Hafiz Mahamad & Syafiqah Aina Terharu Dipilih Tunai Haji – ‘Saya Yakin Tak Ada Yang Akan Tolak Tawaran Ini’

Artikel Berkaitan: Syafiqah Aina Pertahankan Hafiz Mahamad Isu Surat Penghargaan Staf – ‘Dia Memang Pilih Buat Secara Santai & Lebih Personal’

Tiket percuma

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, ejen yang dikenali sebagai Aira menzahirkan rasa syukur atas rezeki yang dikurniakan buatnya.

Menurutnya, Hafiz dan Aina menghadiahkannya pakej haji lengkap selepas dia berjaya mencapai KPI yang ditetapkan tanpa perlu menggunakan wang ringgit sendiri.

Beberapa tahun lepas, saya nak pergi haji guna visa furada, tapi saya kena covid.

Rupanya Allah susun cantik, Allah kata tak perlu keluarkan duit sendiri.

Aina dan Hafiz Mahamad buat ganjaran haji dan tahun ini saya sedang menunaikan haji.

Alhamdulillah, Allah sebaik-baik perancang.

Dalam pada itu, Aira sempat berterima kasih kepada kedua pengasas Ainaa Beauty kerana merealisasikan impiannya untuk menunaikan haji pada usia muda.

Nikmat apa lagi nak didustakan. Tiket haji percuma, pakej khemah vip.

Masya-Allah, semua rezeki daripada-Nya. Terima kasih Hafiz dan Aina merealisasikan impian saya.

Sumber: Threads @ainaa.aira