berita

Tiket Konsert Dewa 19 ‘Sold Out’ Tak Sampai Sejam, Ustaz Dusuki Tanya Netizen Kenapa Majlis Ilmu & Tazkirah Percuma Tak Teruja?

July 19th, 2022 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Viral di media sosial apabila tiket konsert Anniversary Tour 30 Years of Dewa 19 ‘sold out’ tidak sampai sejam selepas jualan tiketnya dibuka semalam. Ternyata, konsert tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat di Malaysia sehingga ada yang meluahkan rasa kecewa kerana tidak sempat membelinya.

Berikutan daripada itu, Ustaz Ahmad Dusuki telah memuat naik sebuah posting di Facebook. Menurut Dusuki, tiket konsert tersebut didakwa habis dijual kerana peminat kumpulan berkenaan mempunyai sifat teruja.

Sebab teruja kan?

Ujar Dusuki, ramai yang teruja sebaik sahaja kumpulan berkenaan mengumumkan bakal mengadakan konsert di Malaysia. Meskipun tiket konsert itu sudah habis dijual, Dusuki sempat meninggalkan beberapa persoalan kepada netizen mengenai kenapa masjid, majlis ilmu dan tazkirah tidak ramai yang teruja untuk menghadirinya sedangkan kesemua itu adalah percuma. Pada masa yang sama, Dusuki turut mengingatkan semua mengenai akhirat kelak.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen tersentak dan faham mengenai maksud tersirat yang ingin disampaikan oleh pendakwah itu. Jelas netizen, hanya yang faham sahaja akan sedar mengenai posting tersebut.

Sumber: Ustaz Ahmad Dusuki

SKIP THIS AD ×