
Kecoh di media sosial apabila peminat fanatik kumpulan Korea Selatan, BTS berduyun-duyun membeli tiket konsert BTS World Tour ‘Arirang’ yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Disember depan.
Artikel Berkaitan: Tiket Konsert ‘BTS World Tour Arirang’ Di KL Mula Dijual 3 Jun, Harga Serendah RM338
Tiket VIP BTS
View on Threads
Paling mencuri tumpuan, tiket kategori Soundcheck VIP Package yang berharga RM1,288 dilaporkan hampir sold out dalam sekelip mata.
Menerusi tinjauan di Threads, ramai peminat meluahkan rasa berdebar dan juga stres sepanjang proses pembelian tiket.
Malah, lebih mengejutkan terdapat juga peminat membeli tiket VIP lebih daripada satu sekali gus membuktikan keterujaan mereka untuk menyaksikan kumpulan itu beraksi secara langsung di Kuala Lumpur.
Rata-rata peminat BTS tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan tiket sebaik sahaja jualan dibuka bagi mengelakkan kekecewaan selepas beberapa kategori tiket dilaporkan mendapat sambutan hangat.
Difahamkan hari ini merupakan pra-jualan untuk ahli ARMY yang berlangsung pada jam 11 pagi hingga 10 malam.
Pada 4 Jun, jualan pra-tempahan akan dibuka untuk Trip.com pada Jam 9 Pagi dan Live Nation pada 11 pagi, manakala jualan umum pula akan dibuka pada hari Jumaat ini bermula jam 11 pagi.
Komen netizen


Sumber: Threads








