berita

TikTok Awards Bakal Cipta Fenomena Di Pentas Malaysia, Tampil 6 Pencipta Kandungan Popular

July 29th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

TikTok Awards

Buat julung kalinya, TikTok Awards kini mendarat di Malaysia! Selepas mencipta fenomena di Vietnam, Indonesia, Filipina, Thailand, Jepun dan Brazil, TikTok Awards MY 2023 bakal dipentaskan di Kuala Lumpur pada bulan Ogos 2023.

TikTok Awards kini di Malaysia

TikTok Awards

TikTok Awards merupakan acara anugerah terbesar anjuran TikTok untuk memberi pengiktirafan kepada creators luar biasa yang terdiri dari pelbagai latar belakang dan bidang. Mereka telah mempamerkan kreativiti melalui penghasilan kandungan yang menyeronokkan seterusnya memberikan impak positif kepada segenap lapisan masyarakat.

TikTok Awards MY 2023 bakal mengumumkan senarai calon bagi 7 kategori People’s Choice secara eksklusif dan terawal di program Melodi dan strim LIVE di @tiktok_malaysia pada 30 Julai 2023 (Ahad) bermula dari pukul 12.30 tengah hari.

Lebih istimewa, penampilan khas enam creators TikTok popular iaitu Khairul Aming, Gaston Pong, Auntie Purple, Ceddy, Lawyer Gandhi dan Caryn dari pelbagai latar belakang dan bidang profesion telah berkongsi perjalanan mereka di TikTok yang turut menjadi sumber inspirasi kepada rakyat Malaysia.

Berikut ialah 7 kategori People’s Choice yang akan dibuka untuk undian orang ramai di aplikasi TikTok dengan carian “TikTok Awards” bermula 15 Ogos hingga 26 Ogos 2023.
1. Rising Star of The Year
2. Celebrity Creator of the Year
3. Popular Creator of The Year
4. LIVE Creator of The Year
5. Creator of The Year
6. Popular Animation Account of The Year
7. TikTok Shop Creator of The Year

TikTok Awards MY 2023 dikuasakan oleh Siri HONOR 90 5G sebagai penaja utama dan dibawakan oleh foodpanda sebagai penaja bersama.

Ikuti @tiktokawardsmy di TikTok untuk maklumat lanjut tentang TikTok Awards MY 2023 dan nantikan pengumuman calon-calon bagi kategori Judge’s Pick menerusi STRIM LIVE sidang media TikTok Awards MY 2023 di @tiktok_malaysia pada 15 Ogos 2023, pukul 8.00 malam.

SKIP THIS AD ×