berita

TikTok Awards Malaysia 2023 Rai Kreativiti Pencipta Konten Tempatan

August 28th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Bersiaran secara langsung dari Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur, semalam, Anugerah TikTok Awards telah meraikan para pencipta konten yang giat memahat tanda aras baharu serta mencorak industri kreatif dan penciptaan konten di Malaysia.

Artikel Berkaitan: TikTok Awards: Khairul Aming Menang Creator Of The Year

Rai pencipta konten tempatan

Sejak ditubuhkan, TikTok merupakan platform yang memupuk semangat ekspresi kreatif, tulen dan positif, serta membentuk sebuah komuniti yang utuh dan inklusif melalui bahasa yang dikongsi bersama, iaitu video. TikTok Awards 2023 membuktikan impak yang dicetus oleh para pencipta konten ini, yang bukan sahaja memberi ilham kepada jutaan individu, tapi juga memberi definisi baharu kepada kegiatan pembikinan konten digital.

Biarpun bakat dan minat pencipta konten ini diperlihatkan melalui skrin kecil, tetapi impak mereka ke atas pelbagai komuniti melangkaui video-video yang disajikan di FYP para pengguna, menunjukkan betapa besarnya mereka di sebalik skrin kecil itu. Dianjurkan beberapa hari sebelum Hari Kebangsaan Malaysia, TikTok Awards 2023 dilihat sebagai bersesuaian bagi meraikan bakat-bakat tempatan yang telah mengangkat nama Malaysia di mata dunia melalui perkongsian kreativiti di samping membawa keceriaan.

Menurut Ketua Pemasaran dan Operasi TikTok Malaysia, Yin Yin Hooi, setiap pencipta konten mempunyai cerita mereka tersendiri dan TikTok merupakan wadah untuk mereka berkongsinya dengan kreativiti mereka tersendiri.

Berasal dari pelbagai latar belakang, para pencipta konten ini berjaya menempa nama dan kejayaan di TikTok, melalui video-video informatif, konten hiburan, atau yang melibatkan perniagaan yang semakin dikenali sebagai ‘Shoppertainment’. TikTok Awards bukannya sebuah acara semata-mata, tetapi merupakan kemuncak bagi perjalanan para karyawan TikTok yang dicorak setiap hari, dan kami sangat berbangga dengan pencapaian mereka.

Ujar Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studios, Puan Nini Yusof pula, TV3 sangat sinonim dengan penerbitan rancangan anugerah yang berskala besar seperti Anugerah Juara Lagu, Anugerah Tonton Drama Sangat dan Anugerah Bintang Popular BH.

Sudah tentulah kami tidak mahu melepaskan peluang keemasan untuk menyiarkan TikTok Awards Malaysia yang julung kali diadakan di Malaysia. Ini merupakan peluang berharga buat peminat untuk melihat pencipta konten kegemaran mereka diiktiraf di malam anugerah yang hebat ini.

Tahniah buat semua pemenang!

Dihoskan oleh Izzue Islam, Sherry Alhadad dan Amelia Henderson, majlis anugerah ini diserikan oleh para selebriti dan warga pencipta pujaan ramai termasuk Dato’ Yusof Haslam, Bell Ngasri, Amber Chia, Farah Ann Abdul Hadi dan ramai lagi yang menyampaikan anugerah di atas pentas.

Para tetamu juga disajikan dengan persembahan yang menarik daripada Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, DOLLA, Marsha Milan, Ernie Zakri, dan Alyph antara lainnya. Menjelang segmen utama acara tersebut, pasangan hos karpet merah Ceddy dan Sissy Imann telah bersua sapa dengan para hadirin, sementara Jaa Suzuran dan Neeta Manis merangkapkan detik-detik istimewa di belakang pentas.

Terdahulu, TikTok Awards telah disampaikan dalam dua segmen iaitu Anugerah Pilihan Popular (People’s Choice), yang membolehkan para peminat mengundi pencipta konten kegemaran mereka mengikut kategori dan Anugerah Pilihan Juri (Judge’s Pick), di mana para pemenang dipilih oleh sebuah panel eksekutif yang dibarisi Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Television Networks dan Primeworks Studios, Nini Yusof, artis prolifik dan tetamu kehormat, Hael Husaini serta Pengurus Besar Operasi & Pemasaran TikTok, Asia Tenggara, Angga Anugrah Putra.

Berikut merupakan senarai pencipta konten yang berjaya muncul sebagai pemenang mengikut kategori-kategori TikTok Awards:

People’s Choice Awards:

Judge’s Pick Awards:

TikTok Awards di Malaysia dianjurkan menerusi kerjasama dengan TV3, bersama HONOR 90 5G (Penaja Utama), foodpanda (Penaja Bersama), F&N Dairies (Rakan Penaja), dan U Mobile (Rakan Penaja), dengan Hot FM dan FLY FM sebagai rakan radio, dan SAYS, Oh Bulan dan Viral Cham sebagai rakan media.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×