berita

TikTok Awards My 2023 Kini Di Kuala Lumpur – Dimeriahkan Dengan Pilihan panda pick Hanya Di foodpanda!

August 7th, 2023 | by Sya Alkaf
Kini Trending
TikTok Awards MY 2023

Kredit foto: Instagram @ryanfahmibaker, @ceddyornot & @khairulaming

Aplikasi terkemuka TikTok baru-baru ini mengumumkan TikTok Awards MY 2023 bakal diadakan buat julung kalinya di Kuala Lumpur bagi meraikan pencipta kandungan tempatan.

Anugerah yang dijadualkan berlangsung pada bulan Ogos ini bakal dibarisi nama-nama hebat dikalangan pencipta kandungan di seluruh Malaysia sebagai tanda sokongan dan penghargaan di atas perkongsian dan kandungan kreatif mereka.

TikTok Awards MY 2023 lebih meriah dengan foodpanda!

Tiktok Awards MY 2023

TikTok Awards MY 2023 mempertaruhkan 7 kategori People’s Choice termasuklah Creator Of The Year, Rising Star of The Year, Popular Creator of the Year, Celebrity of The Year, Popular Animation Account of The Year, LIVE Creator Of The Year serta TikTok Shop Creator of the Year.

Haa.. Peminat isi kandungan TikTok mesti dah teruja nak tahu siapa yang akan tercalon kan?

Antara mereka yang tercalon adalah khairulaming, sofyank96, ryanbakery, gigicheoh, zizanrazak869, ceddyornot, sallywho dan ramai lagi bintang tiktok popular yang lain!

Paling istimewa sekali, TikTok Awards MY 2023 bakal berkolaborasi dengan foodpanda sebagai penaja bersama! Wow wow gerenti meriah weh!

Sebagai penaja bersama foodpanda bakal berganding bahu menyumbang idea untuk memilih pencipta kandungan TikTok terbaik seperti mana mereka berdedikasi untuk memilih rakan kongsi panda pick terbaik.

Rasai kehebatan pilihan kegemaran dengan panda pick!

Pengguna setia aplikasi penhantaran makanan mesti dah biasa dengan servis foodpanda, bukan je banyak pilihan vendor makanan malah selalu ada diskaun istimewa, memang love!

Tak payah dah nak susah-susah keluar rumah untuk beli makanan, tinggal pesan je melalui foodpanda dan tunggu makanan sampai. Mudah sangat.

Bagi memastikan pengalaman pesanan korang dengan foodpanda lebih mengujakan, kini syarikat tersebut memperkenalkan panda pick!

Melalui panda pick korang akan dapat akses untuk membuat pesanan pada rakan kongsi yang hanya terdapat di platform foodpanda sahaja. Haa.. aplikasi penghantaran lain tak ada tau, hanya foodpanda :)

Kredit foto: Instagram @bakerscottagemy & @unclebobmalaysia

Antaranya adalah D’laksa, Sugarbun, Baker’s Cottage, Pezzo dan Uncle Bob. Semuanya sedap-sedap geng! Ini kalau pesan selalu pun dijamin tak bosan!

Diskaun sehingga 10% menanti korang!

Ada yang dah tak sabar nak buat pesanan melalui panda pick ke tu? Nah min share kod promo ‘PANDASTARS’ untuk diskaun sehingga 10% (dihadkan pada RM5) dengan pesanan sekurang-kuranya RM25. *Tertakluk kepada terma & syarat.

Dah ada kod promo tu bolehlah korang laju-laju buat pesanan sekarang! Untuk membuat pesanan atau nak tahu maklumat lanjut korang boleh terus ke laman web foodpanda di https://www.foodpanda.my/.

Korang juga boleh muat turun aplikasi foodpanda di GooglePlay dan Apple App Store.

Haa.. Jangan lupa tau untuk tonton TikTok Awards MY 2023 pada 27 Ogos nanti di TV3!

SKIP THIS AD ×