berita

Tiktok Kena Sekat Sebab Video Viral, Reen Rahim Tampil Mohon Maaf & Minta Tutup Kes

April 7th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, pelakon, Reen Rahim memberitahu akaun Tiktok miliknya telah disekat berikutan video viral yang menyatakan dirinya tidak pernah bangun sahur.

Terbaru, pelakon filem ‘Rempit Sampai Langit’ ini telah memaafkan semua individu yang menyebabkan akaun TikTok miliknya disekat.

Ingin tutup kes

Di Instagram Story, Reen berkata kemarahannya terhadap netizen sudah reda dan ingin menutup kes tersebut.

Hi, kan Reen cakap Reen busy enjoy my life. Siapa-siapa dok DM tunggu Reen buat live berkaitan Reen berang hari tu. Sorry I dah sejuk hati and maafkan semua dah.

I memang marah kejap je. So tutup je lah kes…yang penting kita ambil pengajaran dari apa yang dah jadi dekat Reen.

Pengajarannya, kita yang posting ini tapis lah dulu. Korang yang komen pun kena tapis ‘jangan ikut sedap tekak je. Alhamdulillah punca rezeki Reen bukan hanya semata pada Tiktok. Bayangkan kalau terjadi pada mereka yang memang mencari rezeki dari Tiktok?

Tambah Reen, dia berharap isu yang telah berlaku itu tidak dipanjangkan lagi dan netizen dapat memaafkan diirnya. Bukan itu sahaja, pelakon cantik ini turut memperkenalkan akaun Tiktok baru miliknya.

Sumber: Reen Rahim

SKIP THIS AD ×