Sekadar gambar hiasan
Baru-baru ini vrial di media sosial mengenai kisah seorang pemuda yang juga merupakan TikTokers terkenal dipercayai mengakhiri hidupnya ketika sesi live di TikTok.
Dipercayai bunuh diri masa live TikTok
Foto: Bogor Tribunnews
Memetik laporan Bogor Tribunnews, lelaki yang berusia 29 tahun berasal dari Jatinegara, Jakarta Timur Indonesia itu dipercayai membunuh diri dengan mengikat kain pada pintu di kediamannya. Insiden ngeri itu disedari oleh rakan mangsa yang menonton live TikTok tersebut sebelum bertindak melaporkan kepada pihak polis. Pihak polis bergegas ke lokasi kejadian dan setibanya di sana mereka mendapati mangsa sudah meninggal dunia.
Hasil daripada pemeriksaan, tiada sebarang unsur jenayah yang ditemui pada mayat mangsa. Walau bagaimanapun, keterangan pihak polis itu dibantah oleh peguam keluarga mangsa. Hal ini kerana, mereka seakan tidak percaya bahawa mangsa nekad membunuh diri malah mereka yakin bahawa kematian tersebut mempunyai unsur jenayah.
Macam ada orang tarik kaki mangsa
Foto: Jakarta Tribunnews
Peguam juga berpendapat bahawa ketika kejadian, mangsa tidak tinggal bersendirian sebaliknya mempunyai individu lain di rumah tersebut. Berdasarkan rakaman CCTV, mangsa telah menunjukkan tingkah laku yang pelik sebelum membunuh diri. Lebih menimbulkan keraguan adalah video live yang dikongsikan hanyalah berdurasi 15 saat sahaja.
Dari awal kami sudah curiga kerana dalam video tersebut kelihatan kaki mangsa ditarik. Dari cermin terlihat seperti ada orang yang menarik kakinya. Dipercayai ada individu memadam aplikasi TikTok, video dan chat di telefon mangsa. Ada beberapa perkara lain yang dipadam sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Sehingga kini pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes kematian TikTokers terkenal ini dan seramai enam orang saksi telah ditahan bagi membantu siasatan. Difahamkan juga, pihak polis berjaya merampas beberapa barangan bukti seperti minuman keras, ubat-ubatan, kerusi plastik, kain berwarna coklat, tripod dan telefon pintar milik mangsa. Keluarga mangsa memaklumkan akan mencari siapakah dalang di sebalik kematian tersebut dan apakah motif pembunuhan itu.
Sumber: Tribunnews