
Rumah tangga penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari dan suami, Tikl Aryawardhana menjadi bualan hangat netizen di media sosial.
Artikel Berkaitan: Bunga Citra Lestari Enggan Ulas Isu Suami Seleweng Duit Syarikat RM1.7 Juta – ‘Boleh Tanya Sendiri Tuan Badan’
Artikel Berkaitan: Bunga Citra Lestari Tak Mahu Anak Dengan Tiko
Khabar angin BCL fail cerai?

Isu itu mula mendapat perhatian apabila tersebarnya dakwaan mengatakan Bunga berdepan dengan kes keganasan rumah tangga sehingga membuatkan penyanyi itu memfailkan perceraian.
Malah terdapat juga spekulasi mendakwa pelantun lagu Cinta Sejati itu meluahkan masalah rumah tangga yang dilaluinya kepada pelakon, Reza Rahadian.
Bagaimanapun, hasil semakan mendapati ianya hanyalah khabar angin.
Perkongsian terbaharu tepis dakwaan

Malah, perkongsian terbaharu Bunga sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-2 membuktikan bahawa rumah tangganya bersama Tiko berada dalam keadaan baik.
Happy 2nd Anniversary, Suami. Terima kasih kerana menerima saya seadanya. Terima kasih kerana sentiasa berjuang bersama saya yang selalu berkata ‘you can do this’ setiap kali saya meragui diri sendiri.
Bukan itu sahaja, Bunga turut berkongsi foto dirinya menerima kejutan berupa sejambak bunga mawar putih daripada suami tercinta.
Dalam hantaran lain, Bunga, Tiko dan anaknya, Noah Sinclair dilihat menikmati percutian sempena ulang tahun kelahiran Tiko yang ke-45.
Selamat Hari Lahir, Suamiku. Saya sangat bangga dengan siapa diri kamu hari ini dan siapa kamu sedang menjadi.
Saya melihat usaha kamu, hati kamu, keberanian kamu, dan bagaimana kamu terus memilih untuk menjadi lebih baik walaupun pada hari-hari yang sukar.
Kamu bekerja keras untuk menjadi versi terbaik diri kamu, dan setiap langkah itu saya perhatikan.
Saya berdoa agar Allah mengurniakan kamu kehidupan yang panjang, sihat, bahagia dan indah, dipenuhi ketenangan, kekuatan serta segala yang kamu impikan.
Saya tetap di sini bersama kamu, sentiasa.
Perkongsian itu sekaligus membuktikan rumah tangga mereka diambang bahagia, tidak seperti yang digembar-gemburkan.
Untuk rekod, Bunga dan Tiko bernikah di Bali, Indonesia pada 2 Disember 2023.
Sebelum ini, Bunga pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ashraf Sinclair pada 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Noah Aidan Sinclair, 14 tahun.
Ashraf meninggal dunia pada 18 Februari 2020 semasa tidur akibat serangan jantung.
Sumber: Pikiran Rakyat






![[VIDEO] ‘Tak Perlu Terlalu Lama’ – Jaja Ishak Nasihat Noorkhiriah Jangan Larut Dengan Kekecewaan](https://asset.ohbulan.com/2026/08/jaja-ishak-noorkhiriah.jpg)

