berita

Tindakan Lelaki Kurang Upaya Ini Turun Ke Tebing Longkang Selamatkan Kucing Dipuji Netizen

August 15th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini, banyak isu viral di media sosial sama ada ianya isu yang positif mahupun negatif. Namun kali ini, tindakan seorang lelaki kelainan upaya (OKU) ini mendapat perhatian ramai apabila video dirinya menyelamatkan seekor kucing di dalam longkang mendapat perhatian.

Video berdurasi 02.08 saat itu dimuat naikkan di akaun Facebook Abu FathiyyaturahmaMenk Abdun Mujtahid yang menunjukkan dia sedang menyelamatkan seekor anak kucing yang terjatuh ke dalam longkang.

Merangkak menyelamatkan anak kucing…

https://www.facebook.com/100007435723285/posts/2420213838236450?s=100000923602075&sfns=mo

Menurut Abu, dia bergegas turun ke tebing longkang untuk menyelamatkan kucing terbabit yang sudah basah kuyup dan berpaut di dinding longkang. Sehingga kini, video tersebut telah mendapat lebih 1000 perkongsian dan 214,000 tontonan sejak ianya dimuatnaik.

Kejadian berlaku ketika saya dan rakan sedang dalam perjalanan ke Kompleks Sukan Likas dan melihat seekor kucing sedang berpaut kuat pada dinding longkang besar tersebut. Keadaan kucing tersebut basah kuyup dan entah dari bila lagi dia di situ.

Saya cuba naikkan kucing itu ke atas dan Alhamdulillah kami dapat bantu dia naik. Jadi, saya telah membuat keputusan untuk turun dan selamatkan anak kucing tersebut.

Reaksi positif warganet…

Menurut Abu Fathiyyaturahma lagi, semasa kejadian tersebut dia bersama seorang rakannya yang juga merupakan orang kelainan upaya dan pengguna kaki palsu.

Tindakan mulia itu telah mendapat reaksi positif dari seluruh warganet. Mereka juga turut mendoakan agar Abu Fathiyyaturahma dan rakannya supaya dimurahkan rezeki.

Sumber: Abu Fathiyyaturahma Menk Abdun Mujtahid

SKIP THIS AD ×