berita

Tindakan Mulia Zul Yahya Kutip Sampah Sekitar Ipoh Terima Pujian

August 21st, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Pelakon Zul Yahya pernah popular satu masa dulu kerana lakonannya yang bersahaja sememangnya berjaya mencuit hati ramai penonton. Selepas berhijrah, pelakon Zul Yahya sudah berhenti dunia hiburan dan kini lebih aktif berniaga.

Terbaru, tindakan mulianya bergotong royong di kawasan Meru, Ipoh dipuji netizen. Malah, Zul Yahya turut memberi nasihat kepada orang awam agar menjaga kebersihan bumi ini kerana itu adalah tanggungjawab bersama.

Menyapu sampah kawasan klang

Semalam zul yahya dok bagi tau sampah banyak kat area MCD Meru hari ni die sndiri yang datang sapu sampah penuh pajero nye sampah#DBIipoh #ipohipohaje #meruraya

Tindakan mulia Zul Yahya bergotong royong mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya memuji sikap terpuji yang ditunjukan. Dia bersama beberapa orang lelaki membantu membersihkan kawasan itu yang dipenuhi sampah sarap.

Tindakan mulia

Allah dah bagi nikmat lapar, nikmat kenyang. Ini selalunya berlaku tas sifat pemalas. Makan nak sedap. Tapi kamu tak hargai apa yang Allah S.W.T bagi pada kamu. Mana-mana netizen yang banyak complain, tolong buat kerja. Ini bukan kerja majlis je, ini kerja semua juga.

Bila kita nak hidup maju kalau sampah banyak macam ini. Tolong yer kita sama-sama tolong bertanggungjawab ke atas bumi kita.

Pelakon itu turut memberi nasihat agar orang ramai membuang tabiat buruk itu dan jadilah manusia berkualiti. Munurutnya, lebih 20 bungkus plastik sampah berjaya dikutip selama 2 jam lebih itu disekitar Meru Raya, Ipoh.

Dipuji netizen

Sumber : Zul YahyaMohd Hairuddin