berita

Tindakan Zizan Tolong ‘Kejut’ Pemandu Kereta Terlelap 30 Minit Di Lampu Isyarat Terima Pujian

October 1st, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, viral di media sosial video orang ramai bertindak mengetuk cermin sebuah kereta yang berhenti selama hampir 30 minit di ssatu persimpangan lampu isyarat di Georgetown, Pulau Pinang. Dikatakan, pemandu kereta tersebut terlelap semasa menunggu lampu isyarat bertukar hijau!

Turut kelihatan di tempat kejadian ialah pelakon popular, Zizan Razak yang secara kebetulan melalui jalan tersebut.

Bukan lakonan

https://www.instagram.com/p/B3ChMPZBkCs/

Menerusi video berdurasi 1:38 saat itu, Zizan memberitahu bahawa aksi dirinya dan kesemua orang awam itu adalah benar dan bukannya lakonan. Mereka berjaya menyelamatkan seorang pemandu yang tertidur hampir 30 minit dalam kereta BMW selepas salah seorang dari orang ramai bertindak memecahkan cermin kereta itu.

Tambahnya, dia sangat memuji kesemua individu yang sudi menolong lelaki tersebut dan ini membuktikan semua bangsa di Malaysia bersatu padu. Keprihatinan Zizan bersama orang awam ditunjukkan ketika mereka melalui simpang lampu isyarat Jalan Sungai Pinang ke Persiaran Karpal Singh itu dipuji netizen.

Reaksi netizen

Rata-rata netizen memuji tindakan segera kesemua orang awam yang berada di tempat kejadian. Menurut netizen, sifat bersatu padu yang ditunjukkan tidak kira kaum, agama dan budaya merupakan sifat yang sangat baik.

Sumber: Zizan Razak

SKIP THIS AD ×