berita

Tinggal 1001 Kenangan, Netizen Sayu Hospital Bersalin Kuala Lumpur Kini Ditutup

September 17th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Selepas hampir 56 tahun beroperasi, akhirnya Hospital Bersalin Kuala Luala Lumpur akan ditutup mulai dari hari ini, 17 September 2019. Bangunan lama yang terletak di dalam Hospital Kuala Lumpur (HKL) ini menyimpan 1,001 nostalgia terutama sekali buat individu yang pernah melahirkan anak dan dilahirkan di situ.

Di facebook, seorang kakitangan HKL, Sobri Tayab berkongsi kesedihan mengenai penutupan hospital itu yang menjadi kenangan buat dirinya.

Memberi laluan kepada hospital baru

Hari ini adalah hari terakhir Hospital Bersalin beroperasi. Maka hari ini Hospital Bersalin akan menamatkan perkhidmatan pada seluruh warga Kuala Lumpur dan Malaysia setelah beroperasi selama hampir 56 tahun.

Kami seluruh warga Hospital Bersalin memohon ampun dan maaf pada semua warga Kuala Lumpur yang telah menerima perkhidmatan kami selama 56 tahun.

Buat pengetahuan semua, hospital ini ditutup untuk memberi laluan kepada hospital baru dengan kemudahan yang lebih baik. Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur (WCH) sudah mula beroperasi sejak 1 September lalu secara berperingkat.

Hospital ini melahirkan ramai orang bagus

Ramai warga Kuala Lumpur yang dilahirkan di sini. Ramai warga Kuala Lumpur dan warga Malaysia yang mempunyai kenangan suka duka di Hospital Bersalin. Bolehlah kita berkongsi suka duka di sini.

Ada yang nenek,ibu dan dia dilahirkan di Hospital Bersalin.Hospital Bersalin telah melahirkan ramai Pakar Sakit Puan,Matron,Sister dan Jururawat Terlatih. Selamat Tinggal Hospital Bersalin. Selamat datang Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur (WCH).

Kenangan buat orang ramai

WCH lebih luas dan selesa

 

Hospital baru ini merupakan salah satu usaha bagi menaiktaraf HKL di samping menyediakan perkhidmatan yang lebih selesa kepada orang ramai. Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur pernah menjadi perhatian kerana rekabentuknya dan dalamannya yang kelihatan sangat cantik dan luas. Terbaik HKL!

Sumber : Sobri

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×